Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 19, 2016

Posponed Birthday Celebration Lagi

Pelik tapi benar. Birthday bulan 9. Tapi boleh extend smp bulan 2 next year.

So this was how my birthday celebration part II went.

Colmar Tropicale Bukit Tinggi.

Kenapa pergi bulan 2? Sebab baru habis segala urusan gila2 buka sekolah. Penat owh.. Every Sabtu ada program lajak smp pukul 1 ptg. Huhu. Plus mood tak baik je selalu. Angin kus2 dtg when you've been working non-stop since Nov. Plus mood berjalan tu muncul.

Bertolak dari rumah dlm pkl 1 ptg. Excited juga nak gi ni. Maklumlah, kita dah berzaman2 tak lalu Karak highway. Rasanya last sekali lalu jln ni masa pergi Kuantan. Itu pun umur baru 16 kot. Haha. Utk Mr H pulak, dia cakap rasa mcm pergi outstation jer. Hehe.

Sampai sana terawal lah pulak. Check-in pkl 3 ptg. So kami tinggalkan beg kat concierge pastu kitorang g jenjalan. Sejuk ke? Sejuk lagi our bedroom. Haha.

Dah sampai
Bagi our little puppets bertenang dengan popcorn
Aira's favourite animal is horse
Tengah berjalan2, terserempak dengan tailor baju kawin kami. Haha what a small world! Masa tengah sembang2 dengan dia husband and wife, mata ternampak ada tourist centre. Lepas berpisah, kami pergi sana nak tengok apa yg ada. Kat sini ada a few parks. Ada yg berbayar, ada yang free. Semua kita bolehpergi sendiri. Kalau nak naik shuttle pun boleh. We opt for the shuttle service.

Untuk rujukan
Sementara nak tunggu shuttle, kami jalan2 lagi.

Super excited dpt tengok swans
Tengah tunggu shuttle nak pergi Japanese Garden

Okla selesa juga tempat tunggu shuttle ni
Blurry shot sbb bumpy giler. Tapi seronok!
Sesampai ke destinasi yang dituju, tu dia securam2nya bukit2 yg kene didaki. Ye. Daki ye. While tagging 2 small kids. Boy were we glad with the attire that we were wearing then. Tak dapat dibayangkan kalau saya pakai heels tinggi. Memang ku tunggu semua org dibawah bukit saja. Haha.

Sikit lagi anak2..
And we made it to the top! Yeay!!


Cari air minum dulu. Haha. Pastu sambunglah kami hiking.

Keep on going anak2. Ikut je Ayah
Sampai jugak kami ke puncak. Macam nak putuih nyawa. Haha.

Now nak kene turun pulak. Masa ni Aira dah mogok tak nak jalan. Maka bergilir2lah me and Mr H dukung dia. Tambah lagi beberapa ratus kalori dibakar. Haha

Dalam shuttle on the way back to the hotel. Ayah dah jadi gembala utk meow dgn horse budak2 ni
Oh tak sabarnya nak masuk bilik sebab dah letih teramat.

Yeay dapat bilik dah!! Mama nak baring ok. Penat pikul Adik
Tak bestnya katil ada longkang kat tengah. Huhu
Terbungkang anak2 tidur. Dengan mak bapaknya sekali. Haha

Sampai waktu malam, perut dah lapar. Bila jalan2 kat bawah hotel, semuanya westerns. Jadi kami decide utk turun ke Genting Sempah utk cari nasi. Perut Melayu..

Balik hotel hari dah malam. Penat siang x habis lagi. Tidur awal semua.

Bermoreh dorang sebelum tidur
Esoknya kami cuma jalan2 taking in the scenery. Best juga. Rasa tenang and relaxed. Romantic gitue..

Mama and anak2

Jatuh dua tiga kali kat sini 


Right before checking out
Masa drive turun, nampak signboard mini zoo. Anak2 kata nak stop.

Seronok sungguh dorang

Ayah distributing pallets
Dapat donkey ride!!
Mama x dpt cari horse ride. Donkey ride pun ok kan Adik?
Sebelum balik, cuci tangan bersih2 dengan sabun yang disediakan. Sepanjang drive balik rumah, senyap sunyi sepi kereta sebab the little puppets semua tidur berdengkur2.

Bestlah my birthday celebration yang ke-33 ni. Thank you Mr H for the wonderful vacations. Love you to the moon and back.

Pose dato' datin. Haha

Sunday, February 14, 2016

Making Science Easier: Kumpulan Darah Manusia

First and foremost, this is not my genuine idea. I read it in Cikgu Sains Kreatif FB. Bincang2 dengan pembantu makmal @ En Firdaus. Boleh jalan ke x agak2nya? So we decided to try with a class first. Kalau menjadi, then baru kami akan teruskan dengan my other 3 classes.

Mula2 sediakan bahan-bahan kat bawah ni:
Tak payah nak sukat2 pun. Agak2 je semua
Kumpulan darah A: Pewarna merah + air paip
Kumpulan darah B: Susu sejat / susu manis + air paip
Kumpulan darah AB: Air bandung
Kumpulan darah O: Air paip

Tulislah sikit2 nota atas board supaya budak2 takdelah clueless sangat. Tapi ingat, konsepnya inquiry-based learning. Cikgu cuma guide. Penemuan biar students yang perhati dan biar dorang buat conclusion.

As you can see, ni keputusan aktiviti budak2 tu. Pada awal eksperimen, data tu semua xde lagilah
Sepanjang aktiviti berjalan:

Materials and apparatus prepared. Tq En. Firdaus
Bersemangat betul dorang
Student ni guna air bandung untuk test dengan air paip. Obviously la kaler air bandung kekal sama. So, kumpulan darah AB boleh terima darah kumpulan O. Senang kan?
Serius betul group ni. Dapat semua jawapan dengan betul. Congrats!!
By the way, kelas yang saya try ni is no. 6 daripada 14 kelas. Kelas pertengahan. And it works!! Haha gembiranya!!

Sepanjang aktiviti berjalan, kawalan kelas adalah baik. Mmg dorang bercakap2 dan bergerak2, tapi keadaan terkawal sbb semua berusaha nak dptkan jawapan yang betul. Tapi kerana saya nervous sebab first time buat, En Firdaus membantu saya meronda makmal sepanjang aktiviti.

Saya dapati bila kita buat cara ni utk topik ni, budak2 sangat faham konsep pendermaan darah. Lagi satu, topik cepat dihabiskan. Cikgu pun x perlu bercakap banyak2. Kos pun sangat rendah. Lebihan air yang disediakan saya guna pula untuk 3 kelas yang lain. Dan akhirnya, semua 14 kelas guna kekdah ni menggunakan bancuhan air yang sama. Kan jimat habis tu? Haha

Lepas ni nak cari topik lain pula yang guna cara yg paling cost-effective. Musim berjimat cermatlah katakan. Takpe janji senang nak ajar.

Free Market? Ape tu?

Cerita basi lagi. Haha

Tiba2 berkobar2 semangat Mr H nak bawa anak2 gi swimming kat Pusat Sukan Air, Putrajaya. Ni lah tempat kami bw anak2 berjalan yang paling cost-effective. Hehe

Canang cerita bagai kat ank2 hari sebelumnya. Tup2, masa sampai sana, kolam tutup. Alahai frustnya...

Pusing keluar dari Pusat Sukan Air tu. Masa lalu jkat Dataran Gemilang, nampaklah banyak kereta stop kat bahu jln. Nampak mcm ada carboot sale. Alang2 dah sampai, kami rikilah kot2 ada spot baru boleh masuk.

Masa masuk area Dataran Gemilang tu, nampak keadaan bercelaru. Orang ramai sgt. Banyak barang yang displayed. Ada atas meja, ada atas lantai. Appearance macam pasar pagi.

Rupa2nya, ni lah free market..

I've read about this on FB for some time. Then baru teringat pasal post Syed Azmi's programme related to helping the underprivileged and the homeless. So this is it lah....

Banner nampak sayup2 je. Tak larat nak rempuh crowd tu
Masa ni katanya banyak barang dah kurang. Ini pun dikatakan kurang. Tak taulah camana keadaan kalau kami sampai awal lagi
Sangat suka bunting ni
Konsepnya sgt mudah:
Semua free. Yes. Free. Syarat nak ambil barang:
1.  Bagi salam / tegur dengan hello.
2.  Minta secara baik.
3.  Ambil ikut keperluan dan jangan tamak.
4.  Ucap terima kasih.


Barang2 yang di offer:
Pakaian
Tudung
Toys
Books
Furnitures
Cooked food
Beras, sardin, gula, garam, susu manis, susu tepung, minyak masak, kicap, sos
Bayam, kangkung, sawi, kubis
Dental checkups
Health checkups
Facial
Khidmat mengurut

Tapi antara banyak2 benda yang ditawarkan, I think the best is main bubbles percuma. Seronok sgt tgk budak2 main bubbles unlimited rounds!

Main sampai basah baju dengan peluh dan sabun
What did we took?

1 batang tebu, and 2 biji belon
Hahaha. Actually ada rasa nak ambik barang lain. Tapi bila tanya hati kehendak atau keperluan, it always seemed to be kehendak. Sedangkan barang2 kitorang yang tak digunakan pun dah kami carbootkan, ni nak tambah lagi unnecessary things in the house. Tak naklah. Lepas bincang2 dgn Mr H, we agreed not to take anything else. Tebu tu pun sebab rasa teringin and susah nak beli kat tempat lain.

Nisa with Mr Clown who gave her the balloon
Memang sangat sesuailah ada free market ni terutamanya waktu2 ekonomi kita yang terumbang ambing sekarang. Kalau dpt beras 5kg sekampit, you can save about RM10, kalau dpt gula sepeket dah jimat RM3 duit dapur. After the exhilaration of seeing everything is free to be taken, baru it dawn on me that this is Putrajaya. Putrajaya man.. With government servants, with stable paychecks every month. And yet, here we are asking for free food. Sedih kan? What is happening to our economy? To our country? Kalau kita kerja kerajaan pun begini, bayangkan orang yg kerja swasta, gaji lagi kecik dari kita. Allah sedihnya..

More information here
Tengah seronok lagi berpusing2 market ni, guess who we bumped into?

The small lamb himself!!
It really was an honour to meet him. I've followed his numerous projects on FB. Orangnya sangat humble and down to earth. A soft spoken person but very determine. Dialah yang mengajar saya kalau kita nak buat good deeds, tak perlu duit berkepuk2, ada majlis grand2 nak beramal jariah. We can do it in our own quiet ways.

On our way to the car, you can see happy faces everywhere. All is good. It really was a happy morning expedition for us.

Tuesday, January 26, 2016

New Year in Bird Park, KL

We welcomed 2016 in Bird Park, KL.

Kisahnya, nak perabiskan all the holidays and trips that we bought during the recent Matta Fair. Bila ditanya oleh Mr H tiket tu masih boleh pakai ke, dgn penuh confidentnya I as the very responsible wife answered ok lagi.. U jgn risaulah.. Tiket tu masih valid. Bila dibelek2 balik, the validity is until 31 Dec 2015. What?? Oh my this is my mistake totally.. 

Cepat2 call Mr H. Ms tu he was out somewhere. Dia balik je, mcm nak terbang kelam kabut mengemas barang2 anak2 and we rushed to KL. Well, the rushed part tu sampai masuk Grand Saga je sebab masuk Cheras area je, the traffic was really baaaddd... Takpe sabar2. Mengesot2 kereta and an hour plus later, sampai juga kami di KL Bird Park. Yeayyy!!!

Sampai dah!!
Kami sampai sana dlm pkl 4 ptg. Park tutup pukul 5.30 ptg so oklah. Tengok displayed ticket price, wow! Nasib baiklah beli tiket kat Matta Fair haritu. Baru RM15 seorang. Tiket Nisa baru RM7. Aira free sebab under 90cm.


Masuk je kat dlm, the excitement begun for the kids.



Tengok dari jauh jer
Ayahnya pun sama excited mcm ank2

Ececeh macam berani jer
Punyalah seronok, berjalan kaki jauh pun dorang ni x sedar. Anak2 takde pun minta didukung


Life is good
Ngam2 habis pusing satu park, hari hujan. Berterabur lari balik ke kereta. Basah sikit, but we had a great time with the kids. 

Cuti chinese new year dah dekat. Ke mana pula ye?