Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

44 Days

Yippie!!! Dah habis 44 hari! Hari ni dah hari ke-45. Setakat ni alhamdulillah Aira dan saya sihat. Setakat hari ini juga saya susukan Aira tanpa problem.

How was my confinement this time compared to Nisa's? Fuh... Jauh bezanya. Dulu semua orang lain buatkan. Dari bangun pagi sampai jaga anak waktu malam semua orang lain buatkan. Fully pampered. Semenjak tinggal sendiri ni, yang betul2 diuruskan orang adalah memasak (thank you mama!!) dan jaga Nisa (thank you ayah!!) for the first 14 days.   Pengurusan Aira since the first day lagi saya dan husband yang uruskan. I think we managed to do it because we know now what to do. Another reason is because I'm blessed with good health this time. Sakitnye minimum sangat. Syukur.. 

This time round dah tak pakai confinement lady. Setakat panggil orang untuk urut badan, bertungku, bertangas, berbengkung dan memasak untuk 6 hari je. Dapat pun through Facebook. Kepada kengkawan yang sedang mencari-cari orang urut boleh la cari dia kat Facebook id "Urut Bersalin Bangi Kajang". Good service at reasonable price. 

First 7 days bertuah badan sebab husband ada. Dialah yang tolong kemas rumah, basuh baju, melipat kain. Lepas dia mula kerja balik, sayalah yang buat (sapa nak buat lagi kan...). Hari ke-8 berpantang, datang sebemban test paper dari sekolah untuk ditanda. Huhuhuhu... Apa nak buatkan.. Hanya jasadku tiada di sekolah.. So selang-selilah menjaga anak dan menanda kertas ujian. By hari ke-12 siap. Fuhhh... Lega...

Hari ke-15 onwards, I took full care of Nisa and Aira at home. Masa maternity leave ni lah baru dapat betul-betul spend masa menjaga anak-anak. In the evening, ayah datang ambil myself and the children to my mum's place so that Nisa boleh main dengan Iskandar. 

Hari ke-18, dah berjalan-jalan kat Metro Point cari breast pump. Hehehe.. Ade je alasan nak keluar rumah..    Mati kutu lama-lama terperap dalam rumah. Esoknya dah pergi makan kat luar. Tapi makan ikan ler.. Pantang makan still jaga (menyedapkan hati sendiri..) 

Hari ke-25, buat kenduri akikah Aira. Meriah sungguh walaupun buat serba ringkas jer. 

Hari ke-28, bershopping2 barang rumah kat Billion. 

Hari ke-29, I'm officially off with the socks. Hihihi..

Hari ke-30, pusing-pusing Alamanda cari hadiah birthday anak saudara, Haziq. Lagipun Nisa dah cranky tahap max sebab dah lama betul tak bawa dia berjalan-jalan (lagi alasan menyedapkan hati sendiri..). Dah habis bershopping, kami ke pool birthday party Haziq. Seronok tgk Nisa dan husband mandi pool. Ikut hati nak je join. Heheheh...

Hari ke-38, kami ke rumah mak di Kelana Jaya. Lama sangat rasanya tak jenguk mak..

I'm back behind the wheels on day-40. Tapi drive dekat2 jelah macam ke kedai, bank and rumah mama. 

Not the typical confinement rite? Hehe..

Nisa and Aira on Aira's 45th day


Thursday, February 28, 2013

Confinement Lady

Memang betul la pregnant kali ni mencabar. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan rancangan kita menjadi ke tak..

Makcik Jannah and Nisa
Saya ingatkan sebab dah ada pengalaman bersalinkan Nisa dulu, this pregnancy and confinement boleh diplan cantik-cantik. So everything dah siap.. Dari barang-barang baby sampai ke barang-barang maknya (that's me..) sampai ke documentation sampai ke berpantang. Masa berpantang kali pertama dulu, saya guna khidmat Makcik Jannah sebagai my confinement lady. Honestly speaking, I gave her 5 stars for her service. Dari bangun pagi, sarapan, mandi herba, berurut, bertungku, berbengkung, urut baby, mandi baby, memasak, mencuci, melipat kain, minum petang, makan malam dan jaga baby waktu malam semua dia yang buat. Siap bagi minum 2 jenis home-made jamu lagi (faham-faham la kan jamu.. Mana ada yang sedap. Tapi nak baik cepat punya pasal teguk jer...). Dia menjaga saya macam saya ni anak dia. Paling best, harga service dia betul2 berpatutan dan berbaloi.


Saya dah book Makcik Jannah waktu 3 bulan mengandung lagi sebab Makcik Jannah ni kalau lambat book memang tak dapat. Dia tinggal di Masjid Tanah, Melaka tapi service dia orang pakai sampai ke Perak. Dah excited nak jumpa Makcik Jannah semula 11 Mac ni (EDD 10 Mac). Tiba-tiba dapat phone call dari husband Makcik Jannah.. Makcik Jannah terlibat dalam kemalangan motosikal 2 hari lepas. Retak kakinya.. Jadi tak dapatlah nak menjaga saya berpantang kali ni.... Alahai terkejut dan kecewanya rasa... Saya doakan  Makcik Jannah cepat sembuh...

Sekarang, saya terkial-kial nak cari orang sebagai confinement lady. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup bagi service macam Makcik Jannah buat. Ada terjumpa satu blog tentang service penjagaan ibu dan anak dalam pantang selama 8 jam sehari tapi Masya Allah punyalah mahal.. Jadi saya turunkan sikit my requirement from the day-in-day-out service (24 hours) to menjaga saya berpantang saja (mandi herba, urut, tungku, bengkung). I did call a few numbers that I got through friends and blogs. So far harganya sekitar RM180 untuk 3 kali (most of them tak bagi service mandi herba). To me it's reasonable...  But... some of them doesn't sound so friendly over the phone. Some even sound a bit rude and sombong to me.. Pada saya, if nak buat bisnes, one should appear friendly and approachable. Anyway, I'm still looking around for someone to take care of me in my confinement.

After going through my experience with Nisa, I see now the importance of taking good care of ones' health after delivery. Under Makcik Jannah's care, I recovered and became healthy in a very short time (lebih kurang 15 hari lepas bersalin). I followed every tips and advice that she gave. Most of my friends who came to visit me within that 44 days of confinement said I looked rosy (chewah puji diri nampak!!!) and healthy. So I am hoping this time, under some other confinement lady's care I can recover as fast as the last time. Tak sangguplah sakit lama-lama. Lagipun nak baik cepat so I can take care both of my girls.

So friends out there, if you happen to know someone who can do her job as well as Makcik Jannah had done or you have experienced one with good service, please, please contact me asap. Desperado dah ni. Tolong yek.. TQ