Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Nisa. Show all posts
Showing posts with label Nisa. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

Solid Food for My Precious Gem: Chicken Fruity Kurma

Bibik cakap,
Ibu Tisam, makanannya Aira udah habis. Mau dibagi apa ya buat Aira ini hari?

Ha?? Cepatnya! Rasa cam baru je buat satu batch besar minggu lepas.

So, cepat2 kejut En. H ajak ke Mydin Mall utk beli barang masak. Boleh jer gi beli sendiri tapi syok sikit kalo boleh dating2 sekali. Killing two birds with a stone omputih cakap..

Actually, resepi ni dah pernah buat before, but this time I improvised the ingredients with varieties of fruits. Rasanya, wallah!!!

I used:
2 red apples (peeled and thinly sliced)
1 green pear (thinly sliced)
1 sweet potato (peeled and thinly sliced)
1 carrot (peeled and thinly sliced)
1 small can of green peas (the thin skin removed)
1 large chicken breast (thinly sliced)
1 packet of kurma powder (mixed with a bit of water)
1 glass of coconut milk
2 glasses of water
Grated cheese
1 bulb yellow onion (thinly sliced)
Olive oil



How to go about it?
1.  Saute the onion with olive oil until golden.

2.  Add the kurma paste. Saute until fragrant.

3.  Add the chicken. Stir until golden.

4.  Add water and bring to boil.

5.  Once boiled, add in all the fruits and vegetables. Simmer until they tender.

6.  Add a dash of salt and the coconut milk. Turn off the stove.

7.  Puree the dish. Before storing, stir in the grated cheese.


Even Nisa enjoy it!!

Friday, June 21, 2013

Saturday, May 11, 2013

Supper: Nisa With Ayah

These two were enjoying pomelo. At 11.30 pm. Haihh...

So nice of Ayah to peel pomelo for me..

Too busy eating 

Cooperating to finish off the fruit

Ayah.. This piece is for you

Erk... Alhamdulillah!!!



Wednesday, March 27, 2013

Nisa To The Hair Salon

Words are useless. Let the pics speak for themselves..

To the salon for her first hair cut. It's always fun when Atok and Nenda takes her for outings..
The fear started. Lost all the fun now..
I want Mama!!!
Atok very busy snapping pics for documentation purposes..
Tada!!!! Cantik kan?!!!

Thursday, September 13, 2012

First Kiss For Mama

Tonight is one of those precious, precious moment of mother and daughter that one can never buy. As usual, I put Nisa to bed with me on my master bed. After playing and goofing around on the bed with her, she started to yawned and rubbed her eyes (a sure sign of sleepiness). I laid beside her, face front. She was almost asleep when suddenly she sat up, reached for my face and gave me a long kiss on my chin. Then, she simply lay down and slept. I was really surprised!! She has never done that before. Yes, I've been teaching her to kiss me, but she only did it when I ask for it. Thank you Nisa for that sweet little kiss, and I love you too sweetheart. Sweet dream...


Saturday, July 14, 2012

Kisah Sepasang Kasut

Hari ni, balik dari sekolah, time nak masuk rumah saya terpandang rak kasut. Nampak kasut pink Nisa. Kasut pink tu adalah kasut Nisa yang pertama. Dah buruk sangat rupa dia. Nisa pun tak pernah pakai lagi sebab Bibik kata dah ketat. Sekarang Nisa dah ada 3 pasang kasut lain untuk gantikan yang dah buruk ni. Dalam hati, saya pasang niat waktu petang nanti nak pergi buang kasut tu untuk bagi ruang kasut-kasut lain disusun di situ.

Pada waktu malamnya, cam biasa saya buka Facebook, tengok-tengok wall kawan-kawan. Terbuka wall Laili (kawan kat sekolah). Skroll turun wall dia, terbaca satu post dia. Dia letak gambar kasut pink. Bawah gambar tu tertera ayat "tak sabar nak tengok pemilik kasut ni". Tak semena-mena, air mata saya bergenang-genang... Rasa tersentuh sangat hati tengok post tu.. Tiba-tiba, saya rasa rindu sangat nak tengok kasut pink Nisa yang dah buruk tadi.
Kasut pink pertama Nisa
Saya dan suami beli kasut ni masa umur Nisa 5 bulan di Bangi. Nama kedai tu tak ingat dah. Lama kami pilih  nak ambil yang mana sebelum decide nak ambil kasut ni. Siap try pada kaki Nisa lagi. Harganya cuma RM17.

Masa mula-mula sarung pada kaki Nisa, dia nampak ok je. Lama-lama, dia mula rimas dan asyik gesel-gesel tumit sampai kasut tu tercabut sebelah. Dia buat macam ni setiap kali kami pakaikan kasut pada dia. Saja nak ajar Nisa kalau keluar rumah, mesti pakai kasut (walaupun kaki tak sentuh tanah sikit pun. hehehe). Pernah juga beberapa kali, kami "hilang" sebelah kasut Nisa. Biasanya, orang lain yang beritahu kami yang anak dah takda sebelah kasut. Hehehe.. most of the time, kami termalu and segan-segan ucap terima kasih dan mula menjejak di mana kasut tu tercabut.

Gambar ni diambil masa kasut Nisa hilang di Alamanda. Itu pun orang lain yang beritahu anak takda kasut sebelah. Kami patah balik cari di mana kasut tu dan kami jumpa kasut Nisa ni diletakkan atas railing macam ni.
Nisa buat muka comel masa Ayah dia sarungkan semula kasut tu. Hihihi!!
Nisa mula-mula bertatih pun guna kasut pink ni. Dia guna kasut ni bila naik walker di luar rumah. Seronok betul dia kalau dapat berlari dalam walker guna kasut pink ni. Kasut pink ni mula lusuh dan buruk pun kerana Nisa guna untuk berlari dalam walker di luar rumah.

Saya mula perasan kasut pink ni dah tak muat untuk Nisa bila saya rasa susah nak sarungkan pada kaki. Jadi, saya belikan Nisa kasut baru dan bersaralah kasut pink ni dari perkhidmatannya.

Jadi, kenapa saya cerita pasal kasut pink ni?

Melihat kasut pink yang dah buruk ni, saya macam ternampak-nampak di mata kali pertama saya try kasut ni di kaki Nisa. Masa tu dia chubby dan putih sangat. Mata dia sangat innocent, melihat saya sarungkan kasut ni di kaki dia. Sekarang dah tak muat sebab Nisa dah besar.. Itu yang membuat saya rasa sangat tersentuh. Anak saya dah besar.. Dia tidak akan muat kasut pink buruk ni sampai bila-bila.. Saya tidak akan dapat melihat kaki comel Nisa bersarungkan kasut pink ini lagi.. Patutlah dari sehari ke sehari, saya tidak tunaikan hasrat saya untuk membuang kasut pink buruk ni. Oleh itu, saya akan simpan kasut pink ini sampai bila-bila, insya allah..


Nisa with her pink shoes on



Thursday, July 12, 2012

Playtime: Nisa Belajar Berjalan

Nisa mula belajar berdiri sejak umur dia 9 bulan. Sekali terjatuh langgar meja sampai berdarah bibir, sekali lagi langgar meja yang sama sampai benjol seinci. Dia mula berdiri dengan stabil waktu umur dia hampir 12 bulan. Genap setahun, dia dah boleh melangkah 2 tapak ke depan tanpa sokongan. Ada sekali tu, dia bertatih 9 langkah tanpa pegang apa-apa. Dia nampak happy sangat masa tu. Sekarang, dia dah x sabar nak berlari. Laju betul kalau berjalan sambil pegang kita. Kadang-kadang, dia yang tarik-tarik kita nak berjalan. Ni buktinya. 


Monday, June 25, 2012

Nisa Is One Year Old!!!!

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmatnya, cinta hati saya dan suami, Tis Nisa Ridzuana mencecah setahun usianya hari ini. Anak mama dah besar (with tears of joy pooling in the eyes..). Of lately, I seemed to be calling Nisa "baby" a lot. Maybe I'm still trying to hold on to the memories when she was a still a little plump, puffy infant in my arms. In my eyes, regardless of how old she is, she is still a baby :). Now I understand why ayah still calls me "baby becar ayah" even though I'm almost 30 (huhuhu) now.
Nisa @ Love at 8 weeks in the womb

The day Nisa was born.. It was on Saturday, 25 June 2011, at 4.40 pm, 3 days after my EDD. After enduring 8 hours of excruciating pain, she was safely wrapped in my arms, kissed and azan by her ayah (who was with me throughout the labour). A healthy, 3.47kg baby girl, screaming at the top of her lung. Hahaha!!! Melihat dia dalam dakapan, segala rasa sakit hilang. Dalam kepala, dah mula plan macam-macam untuk masa depan dia.

Dugaan Allah SWT kepada hambaNya datang dalam pelbagai cara. Tak sampai 2 jam bersalin, saya dikhabarkan berita yang sangat sukar saya terima. Nisa mengalami kesukaran bernafas kerana mengalami jangkitan paru-paru. Allahu akhbar!! Saya dan suami hanya mampu menangis sambil memeluk satu sama lain apabila melihat Nisa di dalam wad NICU,  dengan pelbagai jenis tiub disambung kepada pelbagai jenis mesin. Nisa menangis berterusan kerana lapar susu (atas arahan doktor, dia perlu berpuasa). Sewaktu dia tidur, kami dapat lihat dadanya berombak kencang, cuba menarik sehela nafas. Hati ibu bapa mana tidak tersentuh.. 

Namun, dengan kuasa Allah SWT, usaha para doktor dan jururawat, doa keluarga dan keluarga mertua, dan rakan-rakan, serta semangat dari Nisa sendiri untuk terus hidup, keadaan Nisa bertambah baik. Selepas 4 hari, bantuan oksigennya dibuka. Hanya selepas 4 hari, baru Nisa dibenarkan menyusu badan (sebelum itu, Nisa hanya minum susu formula menggunakan tiub). Hanya selepas 4 hari lahir, baru saya dibenarkan mengangkat, memeluk dan mencium Nisa. Sayunya hati hanya Allah SWT yang tahu.. 

First picture at 5 days old

Pada hari ke-8, baru Nisa pulih sepenuhnya dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setiba di rumah, Nisa disambut dengan jutaan rasa syukur kepada Allah SWT, dengan selautan rasa kasih dan sayang dari Atok, Nenda dan Uncle Izzad. 
Kali pertama Atok pegang Nisa
Kali pertama Nenda pegang Nisa
Kali pertama Uncle Izzad pegang Nisa

Hari ke hari, Nisa bertambah kuat, sihat dan bijak. Ternyata Nisa adalah seorang gadis yang sangat ceria (Tis Nisa Ridzuana = gadis riang). Tengok sajalah gelagat-gelagat Nisa di bawah ni:












Buat Nisa tersayang,

Ayah dan Mama sangat sayang pada Nisa. Semoga Nisa jadi anak yang sihat, baik sifatnya, bijak dan gembira. Ayah dan Mama sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat Nisa. Selagi nyawa Ayah dan Mama masih ada, selagi itulah kami akan melindungi dan menjaga Nisa. Kasih sayang kami tidak akan putus walaupun kami sudah tiada nanti. Ingatlah pesan Ayah dan Mama untuk sentiasa menjaga nama baik diri dan keluarga, hormatilah orang yang tua dan berperibadi yang mulia. Millions of kisses and hugs from us Love. Happy 1st Birthday Baby.