Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cari makan. Show all posts
Showing posts with label cari makan. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

Making Science Easier: Kumpulan Darah Manusia

First and foremost, this is not my genuine idea. I read it in Cikgu Sains Kreatif FB. Bincang2 dengan pembantu makmal @ En Firdaus. Boleh jalan ke x agak2nya? So we decided to try with a class first. Kalau menjadi, then baru kami akan teruskan dengan my other 3 classes.

Mula2 sediakan bahan-bahan kat bawah ni:
Tak payah nak sukat2 pun. Agak2 je semua
Kumpulan darah A: Pewarna merah + air paip
Kumpulan darah B: Susu sejat / susu manis + air paip
Kumpulan darah AB: Air bandung
Kumpulan darah O: Air paip

Tulislah sikit2 nota atas board supaya budak2 takdelah clueless sangat. Tapi ingat, konsepnya inquiry-based learning. Cikgu cuma guide. Penemuan biar students yang perhati dan biar dorang buat conclusion.

As you can see, ni keputusan aktiviti budak2 tu. Pada awal eksperimen, data tu semua xde lagilah
Sepanjang aktiviti berjalan:

Materials and apparatus prepared. Tq En. Firdaus
Bersemangat betul dorang
Student ni guna air bandung untuk test dengan air paip. Obviously la kaler air bandung kekal sama. So, kumpulan darah AB boleh terima darah kumpulan O. Senang kan?
Serius betul group ni. Dapat semua jawapan dengan betul. Congrats!!
By the way, kelas yang saya try ni is no. 6 daripada 14 kelas. Kelas pertengahan. And it works!! Haha gembiranya!!

Sepanjang aktiviti berjalan, kawalan kelas adalah baik. Mmg dorang bercakap2 dan bergerak2, tapi keadaan terkawal sbb semua berusaha nak dptkan jawapan yang betul. Tapi kerana saya nervous sebab first time buat, En Firdaus membantu saya meronda makmal sepanjang aktiviti.

Saya dapati bila kita buat cara ni utk topik ni, budak2 sangat faham konsep pendermaan darah. Lagi satu, topik cepat dihabiskan. Cikgu pun x perlu bercakap banyak2. Kos pun sangat rendah. Lebihan air yang disediakan saya guna pula untuk 3 kelas yang lain. Dan akhirnya, semua 14 kelas guna kekdah ni menggunakan bancuhan air yang sama. Kan jimat habis tu? Haha

Lepas ni nak cari topik lain pula yang guna cara yg paling cost-effective. Musim berjimat cermatlah katakan. Takpe janji senang nak ajar.

Free Market? Ape tu?

Cerita basi lagi. Haha

Tiba2 berkobar2 semangat Mr H nak bawa anak2 gi swimming kat Pusat Sukan Air, Putrajaya. Ni lah tempat kami bw anak2 berjalan yang paling cost-effective. Hehe

Canang cerita bagai kat ank2 hari sebelumnya. Tup2, masa sampai sana, kolam tutup. Alahai frustnya...

Pusing keluar dari Pusat Sukan Air tu. Masa lalu jkat Dataran Gemilang, nampaklah banyak kereta stop kat bahu jln. Nampak mcm ada carboot sale. Alang2 dah sampai, kami rikilah kot2 ada spot baru boleh masuk.

Masa masuk area Dataran Gemilang tu, nampak keadaan bercelaru. Orang ramai sgt. Banyak barang yang displayed. Ada atas meja, ada atas lantai. Appearance macam pasar pagi.

Rupa2nya, ni lah free market..

I've read about this on FB for some time. Then baru teringat pasal post Syed Azmi's programme related to helping the underprivileged and the homeless. So this is it lah....

Banner nampak sayup2 je. Tak larat nak rempuh crowd tu
Masa ni katanya banyak barang dah kurang. Ini pun dikatakan kurang. Tak taulah camana keadaan kalau kami sampai awal lagi
Sangat suka bunting ni
Konsepnya sgt mudah:
Semua free. Yes. Free. Syarat nak ambil barang:
1.  Bagi salam / tegur dengan hello.
2.  Minta secara baik.
3.  Ambil ikut keperluan dan jangan tamak.
4.  Ucap terima kasih.


Barang2 yang di offer:
Pakaian
Tudung
Toys
Books
Furnitures
Cooked food
Beras, sardin, gula, garam, susu manis, susu tepung, minyak masak, kicap, sos
Bayam, kangkung, sawi, kubis
Dental checkups
Health checkups
Facial
Khidmat mengurut

Tapi antara banyak2 benda yang ditawarkan, I think the best is main bubbles percuma. Seronok sgt tgk budak2 main bubbles unlimited rounds!

Main sampai basah baju dengan peluh dan sabun
What did we took?

1 batang tebu, and 2 biji belon
Hahaha. Actually ada rasa nak ambik barang lain. Tapi bila tanya hati kehendak atau keperluan, it always seemed to be kehendak. Sedangkan barang2 kitorang yang tak digunakan pun dah kami carbootkan, ni nak tambah lagi unnecessary things in the house. Tak naklah. Lepas bincang2 dgn Mr H, we agreed not to take anything else. Tebu tu pun sebab rasa teringin and susah nak beli kat tempat lain.

Nisa with Mr Clown who gave her the balloon
Memang sangat sesuailah ada free market ni terutamanya waktu2 ekonomi kita yang terumbang ambing sekarang. Kalau dpt beras 5kg sekampit, you can save about RM10, kalau dpt gula sepeket dah jimat RM3 duit dapur. After the exhilaration of seeing everything is free to be taken, baru it dawn on me that this is Putrajaya. Putrajaya man.. With government servants, with stable paychecks every month. And yet, here we are asking for free food. Sedih kan? What is happening to our economy? To our country? Kalau kita kerja kerajaan pun begini, bayangkan orang yg kerja swasta, gaji lagi kecik dari kita. Allah sedihnya..

More information here
Tengah seronok lagi berpusing2 market ni, guess who we bumped into?

The small lamb himself!!
It really was an honour to meet him. I've followed his numerous projects on FB. Orangnya sangat humble and down to earth. A soft spoken person but very determine. Dialah yang mengajar saya kalau kita nak buat good deeds, tak perlu duit berkepuk2, ada majlis grand2 nak beramal jariah. We can do it in our own quiet ways.

On our way to the car, you can see happy faces everywhere. All is good. It really was a happy morning expedition for us.

Monday, December 7, 2015

Carboot Sale: Closure of 2015

Last Sunday was our final carboot sale of 2015.

The whole idea of our carbooting journey starts early January. Desperate times calls for desperate measures. Toughen up our heart, brave face on, and we hit the road.

First carboot sale : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 4 on 18 Jan 2015
The following week.

Second carboot sale: Kelab Tasik Putrajaya on 25 Jan 2015
We planned to go to another spot the following week. Then, Mr H was involved in an accident early Sat, 31 Jan 2015. Plans were on hold. Truth be told, I wasn't sure if we would ever go to another carboot together after that..

But, miracles do happen. Once I'm confident he's 100% ok, we went at it again.

Third carboot sale: Bandar Bukit Mahkota Seksyen 2 on 7 June 2015. Sampai2 je hujan selebat-lebatnya. Lencun kami berdua
Tak lama lepas tu, langit cerah. Yeay!!
The next carboot was during Ramadhan, again in Bdr Bkt Mahkota Seksyen 2 on 12 July 2015. No pics taken sebab lupa.

On 20 Sept 2015 we went again. This time unfortunately, we got a flat tyre. Only realized it when I was reversing the car.

Camana tu orang tangan baru baik patah nak tukar tayar?
Nasib baiklah Ayah arrived at the scene minutes later. Haha tq Ayah!! And jiran tingkat bawah pun kebetulan ada. Jadi mereka berdualah our heroes awal pagi tu. Ingatkan tak jadi pergi dah. Rupa-rupanya ada lagi rezeki kami hari tu. Sampai betul2 lambat kat tapak Bdr Bkt Mahkota Seksyen 4. Lambat sangatnya sampai dapat tapak paaaaling hujung. Tapi, alhamdulillah ok juga sale.

The next carboot, I want to try out a new place. Bandar Seri Putra. Menyesal tak sudah. Hahaha!!

29 Nov 2015. Sunyi sepi
Our last for this year was in Bdr Bkt Mahkota Seksyen 4.

6 Dec 2015. Great day. Good sale
I would like to take this opportunity to express our heartfelt gratitude to all who've contributed towards our carboot experience. Especially my colleagues in Perimbun. Terima kasih kerana sangat, sangat banyak membantu kami dalam waktu kami sangat susah. Bagi kami barang, baju, kata2 semangat untuk kami terus berusaha mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak2. Juga untuk officemate Mr H yang turut sama sumbang barang2 dan beri sokongan moral padanya untuk stay strong. To our family relatives yang contribute barang2 juga, thank you all.

To my dear sister, thank you for the stuffs and the visit kat tempat berniaga sebagai tanda sokongan moral. To my dearest brother, thank you sebab selalu teman akak berniaga and tolong Abg Wan angkat barang2 berat. The most special thanks are to my beloved parents. Setiap kali kami nak gerak pergi berniaga, doa Ayah and Mama sentiasa mengiringi kami. Thank you sebab bagi kitorang barang, siap tolong kami jual lagi. Habis berniaga, Ayah and Mama tak pernah lupa call kami tanya khabar. Thank you so much.

So, next year nak buat lagi ke? Well, we'll cross the bridge when the time comes..

Us at our last carboot

Sunday, November 29, 2015

Carboot Sale Bandar Seri Putra

Kali ni cerita fresh.

Semalam (Sabtu) rasa boring sebab En. H kene keje. Bangun pagi, termenung2 fikir nak buat apa hari ni? Tiba2 rasa macam nak buat carboot sale. Barang2 banyak ni. Cuti sekolah pun. Drp duduk2 saja menggemukkan badan, baik gi cari duit extra.

Cepat2 online Goodscycle. Ala.. Yang ada utk esok di Bdr Seri Putra. Tak pernah pergi lagi tempat ni tapi pernahlah lalu kat tepi jer. Nampak tak berapa happening. Anyway, kerana semangat yang sedang berkobar2 jgn dipadam, daftarlah jugak utk tapak esok.

Dah daftar tapak
Mr H waktu tu kat site Seremban. Dia pun cakap tempat tu mcm suram jer. Tapi as usual, wife mesti menang punya. Ngeh3x

Dari pagi pukul 9 sampai 6.30 petang saya mengemas barang2 utk berniaga. Biasanya bab mengemas barang ni buat dgn Mr H, tapi kerana dia masih kat site, saya buatlah sensorang. Penatnya... 

Mr H balik rumah pkl 8 mlm. Terus sibuk pula dgn loading barang masuk kereta. Kami ni rumah tinggi. Makanya, bertrip2lah mengangkut barang masuk kereta. Haha. Siap semua pukul 12 mlm. Tido..

Siap loading barang 12 tgh mlm
Awal pagi dah gerak ke Bdr Seri Putra. Sampai sana pkl 7.10pg. Tengok2 tempat carboot ni bersambung dgn pasar pagi. Cari2 spot sampai ke hujung pasar, semua full. Akhirnya, datang seorang organizer suruh kami pergi satu kawasan yang terpisah dari pasar pagi tu. 

Huhuhuhu tak bestnya spot.. Dahlah kat hujung, terpisah pula drp group carbooters yang lain. Sapa nak lalu kawasan kami ni? Tanya dgn booters kat sebelah. Best ke tempat ni? Dia kata so-solah. Alahai..

Hati dah down ni. Saya cakap dgn Mr H "tak menjadi tempat ni". Mr H kata takpe2, kita dah sampai. Try jelah..

Tapak kami
Dah siap buka barang berniaga, still TAKDE ORANG. Hai.. menung2 je ke ni? 

Slow2 buyers datang. Beli sikit2 je sebab dorang dah shopping sakan kat group carbooters yang besar kat seberang jalan. Alahai..

Senyum dalam kiciwa
By 10 pg, saya dah malas tunggu. Ajak Mr H balik. Mr H dok senyum2, gelak2. Hot kita dibuatnya.

"Apenye yang Abg gelak2 ni?"

"Awak tu lah.. Selalunya ligat. Hari ni muncung sungguh. Kesian pun ada. Nak gelak pun ada. Kata tadi no expectation..."

Satu penumbuk sampai kat bahu. Huh!

Pkl 11 lebih kami gerak balik. Kira punya kira duit, jauh rendah dari sasaran. 

Balik tu kami terus singgah lunch. Saya kurang selera nak makan. Kene gelak lagi dgn Mr H. Huh!

Yang clear tu Mr H punya. Ni bukti saya tak lalu makan. Haha!!
"Takpelah Yang. Rezeki juga tu. Siapa nak bagi kita sebanyak tu free2 jer? Yang penting, kita dah usaha. Next time pulak kita try ok?"

Hurm.. Seb baik dia pandai mengayat...

Friday, November 27, 2015

First Time Pergi Interview

Cam biasalah cerita ni dah basi. Haha

Terbaca posting dalam FB Kami Guru Malaysia (KGM) tentang program KOMTEP dalam bulan April haritu. Mula2 tak ambik port pun... Tapi bila tgk respon cikgu2 bertalu2 sampai beratus like, terasa gak cam nak tahu ape bendenye tu..

Baca punya baca, rupa-rupanya ni program pertukaran guru ke luar negara dengan tujuan utamanya untuk bertukar2 idea dalam pendidikan dan budaya antara negara. Tempoh masanya 3 bulan. Cikgu negara lain dtg Malaysia 3 bulan, cikgu Malaysia pergi negara lain 3 bulan.

Tahun ni, Malaysia buat program ni dengan KOREA. KOREA tu!!

Ting!!!

Makan hari juga fikir. Nak minta ke x? Berani minta ke x? Husband bagi ke x? Bila diutarakan hal ni dgn Mr H., dia BAGI!! Mulalah mengisi borangnya.

Isi borang x jadi masalah. Isi jelah. Yang tersangkutnya buat essay. Haiyo.. Esei Bio bolehla. Kita orang sains mana pandai kona2 ayat. Saya punya ayat setereet jer to the point. Tapi akhirnya siap juga 4 muka surat. Hohoho surat cinta pun x panjang camni.

Dalam hati, aku TRY jer. TRY jer. Dapat alhamdulillah. Tak dapat pun no hal (ek eleh ye lah tu..)

Tup2, selang 3 minggu pastu, masa bawa students ke bengkel KBAT di SMAP Kajang, dapat call dari unit BPG.

"Saya call untuk maklumkan Puan berjaya ke temuduga KOMTEP Malaysia-Korea. Sila hadir pada bla bla bla...."

Hep Hep Horey!!!

Reaction mcm dah dpt jer. Hahaha!!


Ada 5 hari sebelum interview. Berpulun baca sejarah Korea, budayanya, makanannya, sekolahnya. Try juga belajar bahasa Korea ikut Youtube (tapi lebih tergelak daripada belajar sebab kelako benar bunyi lidah Melayu cakap Korea). Tapi satu ayat jer yang konfom pandai sebut dgn lancar:

Saranye = I Love You

Wakakaka!!!

Sampailah ke hari interview. Kebetulan jatuh hari pertama puasa. Awal2 pagi dah tercanguk kat KPM Putrajaya. Ingatkan dah awal. Rupa2nya ramai lagi yang lebih awal sampai.

Masa ni lah terasa diriku yang BESAR ini tersangatlah KECIKnya. Terdengar pula cikgu yang dok kat sebelah berborak:
Cikgu A: Saya dah 2 minggu tak masuk sekolah. Pergi berbengkel kat Pangkor utk bla bla bla.."
Saya: Telan air liur (aku kat sekolah jer dari awal tahun tak pi mana2 pun)

Total applicants: 350+
Yang berjaya masuk interview seluruh Malaysia: 42

Yang nak dicari 10 orang jer. 1 org bagi setiap subjek. Maknanya 1 org jer cikgu Sains. Masa sign attendance sheet, mata scroll nama cikgu2 yg akan diinterview. Sekali tu, terlihat nama seorang cikgu ni yang saya sendiri selalu rujuk blog beliau utk menuntut ilmu. Alamak! Dia ada sekali ker interview ni?? Huhuhuhu nak balik!!!

Mana mungkin kita yang biasa2 ni nak bersaing dgn guru-guru cemerlang??

Masa ni dah terbit penyesalan isi borang. Haha.

Sampailah masa interview. Kami dibahagikan 5 orang untuk satu bilik. Interview secara individu. Saya orang kedua. Berpeluh2. Sejuk2 jari. Menggigil juga. Huhuhu hari nikah dulu pun tak senervous masa tu..

Secara umumnya, saya dicincang sampai lumat...

"Puan ada APC?"
"Puan Guru Cemerlang?"
"Puan ada master atau PHd?"

Peluh. Peluh. Peluh.

Saya chekgu biase-biase jer...

Aduhai sedihnya..

Umpamanya camni:
Sebelum masuk bilik interview confidence level 70%
Keluar bilik interview confidence level -2%

Lepas je kene interview, memang tau 100% takkan dapat. Macam zombie jalan balik pergi kereta.

Sampai kereta jer, tengok jalan exit keluar parking kene block. Saya pun duduk dalam kereta diam2, pasang enjin, dengar2 radio, selfie2 sensorang. Lebih kepada melayan perasaan sedih. Rupa2nya exit tu kene block 4 jam! 4 jam saya duduk dlm kereta melayan sedih. Sikit pun takde rasa marah kat hamba Allah yang blok jalan tu. Hahaha tragik betul perasaan kene reject ni.

Selfie lepas gagal KOMTEP.
Anyway, saya rasa happy jugalah mencuba sesuatu yang baru ni. This is actually a BIG achievement for me. Lepas2 ni nak minta lagi ke?

Huhuhu takut dah...


Friday, August 21, 2015

Cerita Bio: Eksperimen Vitamin C Yang Best!

Untuk ke sekian kalinya saya buat eksperimen Vitamin C. Tapi kali ni yang paling successful sebab cantik kemain result yang dapat. Yess!!

Saya buat eksperimen ni dgn kelas 4 Beta. Ada 25 org dalam kelas. Jadi, saya dapat lebih kurang 12 kumpulan murid. Aktiviti ni ada dalam buku teks amali Biologi Tingkatan 4 pada m/s 55. Kita nak cari jumlah vitamin C dalam buah-buahan. Saya ikut cadangan sampel buah dalam buku tu; oren, limau dan nenas.

Ape tu vitamin C??
Nama saintifiknya asid askorbik. Ada dalam buah-buahan yang massshamm like grapes and lemon. Good for the skin and enhance our body defense when sick. Sebab tu kalau kita demam or selsema, banyak2lah makan orange sebab insya Allah cepat baik. Kalau vitamin C tak cukup dalam badan, boleh menyebabkan scurvy (gusi berdarah2 masa berus gigi).

Camana nak test kehadiran vitamin C??
Kita guna larutan DCPIP (diklorofenolindofenol). It's actually a blue dye. Vitamin C is a very strong reduction agent to DCPIP. Maknanya kalau ada je vitamin C dalam sampel, kaler biru DCPIP akan luntur. Yup, the blue is bleached out from DCPIP into a colourless solution.

Now, the problem is, camana nak ukur kandungan vitamin C dalam food sample?? This is when kita kena ada the PURE ascorbic acid in hand. Since DCPIP ni kita prepare ikut kepekatan yang kita nak (like mine, I follow buku sebanyak 0.1%), kita kena sukat dulu to a T on how much pure ascorbic acid is needed to reduce 1ml of DCPIP. For this, I asked the lab assistant to prepare 0.1% pure ascorbic acid so it will be the same concentration as the DCPIP prepared. Logik la kan? Nak lagi faham:
0.1% ascorbic acid to 0.1% DCPIP

In a simple way of explaining, jumlah asid askorbik tulen 0.1% yang digunakan untuk melunturkan warna biru DCPIP 0.1% akan jadi kayu ukur dalam eksperimen ni. Jumlah ni yang kita akan bandingkan dengan jumlah jus buah yang digunakan untuk juga melunturkan warna biru DCPIP 0.1%. Jus buah???? Yep! Lepas dah dapat jumlah pure ascorbic acid yang diperlukan, gantikan ascorbic acid dengan jus buah pula. Senang je!!

So this is how it goes..

Manipulated variable: Type of fruit
Responding variable: Isipadu jus buah yang digunakan untuk lunturkan warna DCPIP // Vitamin C content in each sample
Constant variable: Kepekatan asid askorbik tulen, kepekatan DCPIP, isipadu DCPIP (dan banyak lagi)

Bahan dan radas ikut buku teks. Please ignore the measuring cylinder tu sebab tiada dalam eksperimen. Hehehe
Tq to my lab assistant. Pandai dia preparekan DCPIP ni
Yang ni pun lab asisstant yang prepare. 0.1% pure ascorbic acid
Dalam buku cakap kena guna speciment tube. The problem I faced just now was jarum syringe tu tak sampai ke dasar specimen tube so I changed it to a 50 ml beaker.

Untuk sample pula I used a freshly squeezed juice. Reasonnya: masa kat Sabah dulu, I asked the student to bring the real juice from home. Apart from they spilled most of it on their way to school, the juice oxidized on its own (silly Me...). Then masa mengajar kat Rawang sebelum tu pula, I blended the pineapple causing it to be so watery and diluted and again oxidised (silly Me...). Jadi kali ni, meh sini tapis teh! Lepas squeeze, I tapis to remove the pulp. And the juices are ready! Tadaaa!!!

Jadi students pun mulalah jalankan eksperimen..

Student sedang ambil 1 ml DCPIP guna syringe
Yang ni pula dorang sedang ambil 5 ml of sample untuk diuji. Yang banyak tu jus nenas and yang sikit tu jus limau nipis
Masa yang paling best, tengok RESULT!!
Some of them buat macam ni. Boleh juga asalkan jarum tu masuk bawah surface juice
Personally, I like this method better. Bila beaker kita tilt macam ni, lagi senang jus bercampur dengan DCPIP. Cuba lihat kaler DCPIP tu dah mula jadi purple
Now decolourisation is almost over. Finally, semua yang dalam bikar jadi jernih macam air mineral. Pelajar pun catatlah berapa banyak isipadu jus yang dorang dah guna untuk lunturkan 1ml DCPIP

Secara keseluruhannya:
1. Tambahkan tapis teh (sieve) dalam apparatus kita sebab syringe tak boleh sedut jus buah bila ada pulp. Tersangkut pulp tu dalam jarum syringe.
2. Tambah juga pisau dan chopping board. I used dissecting tray (sebab lupa nak bawa dari rumah).
3. Kalau untuk 25 orang pelajar sekelas, guna 8 biji limau nipis, 2 biji oren dan 1 biji nenas kecil. Memang cukup untuk sampel bagi satu kelas.
4. Cuba buat at least 2 reading bagi setiap sample termasuklah untuk ascorbic acid. Pastu cari min (purata). Baru tepat value yang kita dapat.
5. Suruh pelajar baca dulu prosedur di rumah supaya tak tersilap buat eksperimen. Bila tersilap, bazir bahan dan masa.
6. Semua orang seronok sebab eksperimen menjadi! Yeyyyy!!!

Tak sabar nak baca lab report budak2 ni Rabu depan. Hehe

Wednesday, August 19, 2015

Roti Jala

Masa drive balik tadi as usual lah dok fikir2 nak masak apa hari ni. Rasa tak larat pulak nak masak fancy2 sebab dah pkl 3.30ptg. Masa melintas depan Saujana Impian, ternampaklah makcik jual durian tepi jln. Selamatlah 2 biji durian masuk ke dalam Exora. Memandangkan 2 biji je yang dibeli, lepaslah untuk buat kuah durian. Maka roti jala lah pasangannya...

Sambil2 melayan buat roti jala, teringat balik masa2 muda belia dan kurus dulu. Roti jala ni lah punca rezeki saya untuk beberapa bulan. Masa tu tahun 2005 kalau tak silap. Saya sebagai penganggur graduate. Menunggu peluang posting yang tak kunjung tiba. Sebulan tunggu ok lagi. Masuk 3 bulan poket kering memang tak boleh jadi. Mulalah bincang2 bisnes dengan partner-in-crime saya: Ayah Ibrahim..
 
Me:  Ayah, jom niaga. Kat depan sekolah ke, kedai mamak ke..
AI: Ok!!

Hahaha!! Camtulah rilex je kitorang boleh terjun buat bisnes.

Bincang2 pula dengan chefnya @ Mama Nur tentang benda yang nak jual. And we all decided to go with roti jala with durian gravy and fish curry. Nyummeh!!

Buka stall depan kedai mamak. Location memang umph sebab laluan orang. Targeted customers are those yang baru balik office. Alih2, majority yang beli adalah... Bangladeshies. Rupa2nya dorang ni first time makan kuah durian. Punyalah pulun nak beli kuah jer. Kadang2 tu beli roti jala seringgit, minta kuah durian extra sampai 3 senduk. Adui bengkok camni... Yang makan dengan kari ikan selalunya Malays and Indians. Chinese went for durian gravy. 

Pagi2 hari, Mama Nur tolong buatkan tepung, kuah durian and fish curry. MN punya kari ikan sardin tiada tolok tandingannya! Semerbak bau kari satu rumah. Pastu MN pun pergi sekolah sebelah petang. Masa ni lah saya dan AI masuk barang2 jualan dalam kereta.

We open for business at 3pm. Masa tu panasnya Allah saja yang tahu... Terik membakar kulit boleh jadi crispy.. AI pun ada as kru (angkat tong gas, pasangkan dapur, pasang meja lipat, pasang payung) and chaperon. So, mulalah memutar2 roti jala tepi jalan. Siap ketuk2 tepi kuali roti jala lagi sambil panggil2 orang untuk beli roti jala. Hahaha!!! 

Mulanya buat setengah tong palstik je tepung. Naik jadi satu tong and finally we ended with almost 2 containers per day. Berapa kg tepung tak ingat dah. Tapi banyaklah. Seronoknya masa hujung hari mengira2 duit hasil jual roti jala. Paling best, dapat share the happiness with AI and Mama Nur. And paling2 best, tak payah susah2kan dorang masa nak isi minyak kereta and beli prepaid. Lebih2 duit hasil jualan, saya simpan untuk buat belanja masa posting nanti. 

Dah 10 tahun peristiwa tu. Tapi hari ni, masa buat roti jala kuah durian for my small family, rasa sangat nostalgic. Lebih2 lagi bila Nisa berdiri kat sebelah atas stool tolong hulurkan tepung dan sudip masa saya memutar2 roti jala sambil berulang2 kali cakap "I can cook!" (rancangan tv dlm channel CBB). Sebab 10 years ago, it was Me with my Ayah beside kuali roti jala sambil jerit2 panggil orang beli.

Thank you Allah SWT for blessing me with this moment..
Thank you Ayah Ibrahim for always being there..
Thank you Mama Nur for being the pillars in the family..

My roti jala with durian gravy
Digging in
My satisfied customer



 
  

Monday, January 19, 2015

Carboot Sale Tmn Bkt Mahkota

Tak pernah terfikir nak jadi carbooters. Tak pernah pergi pun any carboot sale. Tapi terjumpa dalam page FB Perbadanan Putrajaya. Mulalah curious nak tau ape bendanya carboot sale ni.

Lepas baca a few blogs, I got the general picture. Lepas baca2 tu, mulalah termenung2 tgk closet, kitchen cabinet and around the house. Mak oi banyaknya barang yg dibeli tapi tersadai je sana sini dlm rumah. Hehehe... mulalah mood berniaga tu datang..

When I first told Mr H of my intention, he was skeptical. Mr H was like "Are you serious? Really?" Hehehe.. Dia tak kenal lagi wife dia ni rupanya. When I put my mind to it, I'm like a train going at full speed. Dapat je green light from him, I started working on my plan then and there. 

Banyak blogs pasal carbooters rupanya. And dorang ni mmg baik sgt siap tunjuk ajar on how to start off. So, I came across this page Goodscyle. Banyak tempat rupanya yg ada carboot sale ni. Lepas pilih2 and bincang2 dgn Mr H, we decided to join the one in Tmn Bkt Mahkota Seksyen 4 sebab event ni yg the soonest. Mmg saja nak yg paling awal, sementara spirit berniaga ni tgh high. And tempat pun dgn rumah is only about 17 km. Driving about 20 minutes camtu. Kira oklah. So, booking tempat kat page tu. Bayaran cuma RM10 and boleh bayar kat tapak on the day itself. Settle one part.

The next part, hunting for things to sell @ ransacking the house. Literally, ransacking! One wardrobe after another. And bookshelves. And cabinets. And stores. This was the result..

Satu boot Exora to the max
Ntah ape2lah barang yg kitorang dok beli selama ni. And after kutip2 macam2 benda ni, still rumah ni penuh dgn barang. Hahaha!!! Must learn to control the shopping urges after this. 

The peak of the plan; hari carboot sale! All excited ni nak gi. Bangun awal pagi Ahad (which is RARE ok). Kebetulan my brother (Uncle Izzad) pun ada tgh cuti semester, so bawa dia sekali. So dlm 6.45 am kami bertiga pun bertolak ke tempat carboot sale tu.

Sesampai je kat sana, tuuuu diaaa... Carbooters dah ramai and dah siap pun display barang. Kitorang LAMBAT. Akhirnya, tapak kitorang yang paaaaaallliiingggg hujung dunia. Huhuhuhu.... Takper2. Tawakal je. Tgh bentang2 mat atas jalan, dtg lagi carbooters yg lambat cam kitorang. Sambung kat sebelah. Dan sebelah lagi. Jadi takdelah kitorang belakang sangat. As Donald Trump always said "Location! Location! Location!" 

Baru letak a few things on the mat, tiba2, out of no where, buyers started coming. Mulalah sesi jual-belinya. Ya Allah, dia punya crowd tu punyalah ramai sampai tak menang tangan. Adalah dalam dua jam camtu. And tiba2 jugak crowd to ceased. Sedar2 je, barang2 dah tinggal separuh. Yeay!!!

My helper of the day. Ni baru sempat ambik gambar after the rush. Thank you Uncle Izzad!
By 11 am, mmg dah takde org langsung. Tgk seller lain mula mengemas, kitorg pun simpan2 brg balik masuk kereta. Mmg nampaklah kurang sgt brg compared to mula2 bawak dtg tadi. Masa I tgh kira sale tadi, Mr H was driving. Slow je driving sbb debar2 nak tau brp dapat. Sekali tu...Worth it! Sangat2!! Ape lagi? Seronok tak ingat!! Betul lah kata orang, rezeki Allah SWT tu luas. Syukur sangat2..


To my darling Mr H, as I have always said, through sunny days and hails, you're stuck with me bebeh!


Wednesday, October 8, 2014

Pemanggang Ajaib: Kek Coklat

Lama dah tak buka topik Pemanggang Ajaib ni. Tapi masih selalu guna kat rumah. In fact, dalam seminggu tu kurang2 sekali sure guna. 

Tiba2 datang semangat nak buat kek. Tapi.... Takde mixer. Oven pun takde. Tapi tulah org kata, nak seribu daya. Tak nak tu mcm2 la isu yg timbul. In this case, I made do with whatever yang sedia ada kat rumah. Nak beli mixer + oven tu macam akan lari jauhhh budget bulan ni. So, this was what I did;

Bahan-bahan:
1 kotak tepung kek instant (beli dgn kawan sekolah)
3 biji telur
180 g butter
1 1/2 cap esen vanilla
240 ml air

Senang je kan barang2 dia
1.   Dalam kotak tepung kek instant tu dah sediakan gula perang satu peket and tepung sepeket. Ambik gula tu tuang masuk periuk. Campur gak dlm periuk tu butter. Pastu buat double boiler cam dalam gambar so that both cair and yet tak hangit.

Ambik pot isi air paip. Pastu ambik mangkuk kaca letak kat dalam periuk. Letak butter + brown sugar dalam mangkuk tu. Pasang api and korang akan tengok everything melts.
Kenapa bersusah2 camni. Ha... Sebab saye takde mixer. Kene diblend everything mcm dlm step 2.

2.    Tuang bahan-bahan yang dah cair tadi dalam blender. Pasang tutup blender then zrettt, zretttt, zretttt sampai nampak kembang.

Ha, guna blender je. Senang!
3.   Masukkan telur satu per satu. Zrettttt, zrettttt lagi. 

4.   Nampak dah elok campur semua, masukkan vanilla essence. Zrettttt, zrettttt lagi.

5.   Tuang everything masuk mangkuk lain yg agak besar. Then, secara selang-seli, masukkan tepung kek and air sikit-sikit. Kacau in one direction sampai sebati dan habis semua tepung kek dan air.


Knp tak guna blender? Sebab tak muatlah. Duhhh...
Make sure semua tepung hancur. Kalo x, kek tu nanti ada lubang-lubang with serbuk tepung  inside. Yucky!!
6.    Detik yang paling dinanti tiba. Nak guna Pemanggang Ajaib!! Haha!! Teruja!! Memula, tuang sikit minyak masak (Yang baru ek. Jangan pula guna minyak goreng ikan ke, ayam ke.. Kot ye pun nak jimat kan..) kat tengah-tengah pemanggang tu. Guna kitchen towel dan griskan all over the surface of the pan supaya kek kita nanti tak lekat.

7.    Ape lagi? Tuang jelah bancuhan kek tu kat dalam. Eh! Tak payah nak panaskan Pemanggang Ajaib ni mcm oven. Dah siap tuang semua, baru on api.

Tengoklah rupa Pemanggang Ajaib ni. Dah tak lawa tanda selalu digunakan. But still, usable!!
8.    Api tu pulak, serius punya kecik ok. Kang, dapat arang plak kat bawah kek tu.

9.    Paling, paling best part of Pemanggang Ajaib. Kek siap dalam 15 minit je. Ha!!! Betul ni! Serius!!

Wallah!!!!
Tengok tu!!!
Kesimpulannya: SEDAPPPP!!!!

P/s: Zretttt = on blender