Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 27, 2015

First Time Pergi Interview

Cam biasalah cerita ni dah basi. Haha

Terbaca posting dalam FB Kami Guru Malaysia (KGM) tentang program KOMTEP dalam bulan April haritu. Mula2 tak ambik port pun... Tapi bila tgk respon cikgu2 bertalu2 sampai beratus like, terasa gak cam nak tahu ape bendenye tu..

Baca punya baca, rupa-rupanya ni program pertukaran guru ke luar negara dengan tujuan utamanya untuk bertukar2 idea dalam pendidikan dan budaya antara negara. Tempoh masanya 3 bulan. Cikgu negara lain dtg Malaysia 3 bulan, cikgu Malaysia pergi negara lain 3 bulan.

Tahun ni, Malaysia buat program ni dengan KOREA. KOREA tu!!

Ting!!!

Makan hari juga fikir. Nak minta ke x? Berani minta ke x? Husband bagi ke x? Bila diutarakan hal ni dgn Mr H., dia BAGI!! Mulalah mengisi borangnya.

Isi borang x jadi masalah. Isi jelah. Yang tersangkutnya buat essay. Haiyo.. Esei Bio bolehla. Kita orang sains mana pandai kona2 ayat. Saya punya ayat setereet jer to the point. Tapi akhirnya siap juga 4 muka surat. Hohoho surat cinta pun x panjang camni.

Dalam hati, aku TRY jer. TRY jer. Dapat alhamdulillah. Tak dapat pun no hal (ek eleh ye lah tu..)

Tup2, selang 3 minggu pastu, masa bawa students ke bengkel KBAT di SMAP Kajang, dapat call dari unit BPG.

"Saya call untuk maklumkan Puan berjaya ke temuduga KOMTEP Malaysia-Korea. Sila hadir pada bla bla bla...."

Hep Hep Horey!!!

Reaction mcm dah dpt jer. Hahaha!!


Ada 5 hari sebelum interview. Berpulun baca sejarah Korea, budayanya, makanannya, sekolahnya. Try juga belajar bahasa Korea ikut Youtube (tapi lebih tergelak daripada belajar sebab kelako benar bunyi lidah Melayu cakap Korea). Tapi satu ayat jer yang konfom pandai sebut dgn lancar:

Saranye = I Love You

Wakakaka!!!

Sampailah ke hari interview. Kebetulan jatuh hari pertama puasa. Awal2 pagi dah tercanguk kat KPM Putrajaya. Ingatkan dah awal. Rupa2nya ramai lagi yang lebih awal sampai.

Masa ni lah terasa diriku yang BESAR ini tersangatlah KECIKnya. Terdengar pula cikgu yang dok kat sebelah berborak:
Cikgu A: Saya dah 2 minggu tak masuk sekolah. Pergi berbengkel kat Pangkor utk bla bla bla.."
Saya: Telan air liur (aku kat sekolah jer dari awal tahun tak pi mana2 pun)

Total applicants: 350+
Yang berjaya masuk interview seluruh Malaysia: 42

Yang nak dicari 10 orang jer. 1 org bagi setiap subjek. Maknanya 1 org jer cikgu Sains. Masa sign attendance sheet, mata scroll nama cikgu2 yg akan diinterview. Sekali tu, terlihat nama seorang cikgu ni yang saya sendiri selalu rujuk blog beliau utk menuntut ilmu. Alamak! Dia ada sekali ker interview ni?? Huhuhuhu nak balik!!!

Mana mungkin kita yang biasa2 ni nak bersaing dgn guru-guru cemerlang??

Masa ni dah terbit penyesalan isi borang. Haha.

Sampailah masa interview. Kami dibahagikan 5 orang untuk satu bilik. Interview secara individu. Saya orang kedua. Berpeluh2. Sejuk2 jari. Menggigil juga. Huhuhu hari nikah dulu pun tak senervous masa tu..

Secara umumnya, saya dicincang sampai lumat...

"Puan ada APC?"
"Puan Guru Cemerlang?"
"Puan ada master atau PHd?"

Peluh. Peluh. Peluh.

Saya chekgu biase-biase jer...

Aduhai sedihnya..

Umpamanya camni:
Sebelum masuk bilik interview confidence level 70%
Keluar bilik interview confidence level -2%

Lepas je kene interview, memang tau 100% takkan dapat. Macam zombie jalan balik pergi kereta.

Sampai kereta jer, tengok jalan exit keluar parking kene block. Saya pun duduk dalam kereta diam2, pasang enjin, dengar2 radio, selfie2 sensorang. Lebih kepada melayan perasaan sedih. Rupa2nya exit tu kene block 4 jam! 4 jam saya duduk dlm kereta melayan sedih. Sikit pun takde rasa marah kat hamba Allah yang blok jalan tu. Hahaha tragik betul perasaan kene reject ni.

Selfie lepas gagal KOMTEP.
Anyway, saya rasa happy jugalah mencuba sesuatu yang baru ni. This is actually a BIG achievement for me. Lepas2 ni nak minta lagi ke?

Huhuhu takut dah...


No comments:

Post a Comment