Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 29, 2015

Carboot Sale Bandar Seri Putra

Kali ni cerita fresh.

Semalam (Sabtu) rasa boring sebab En. H kene keje. Bangun pagi, termenung2 fikir nak buat apa hari ni? Tiba2 rasa macam nak buat carboot sale. Barang2 banyak ni. Cuti sekolah pun. Drp duduk2 saja menggemukkan badan, baik gi cari duit extra.

Cepat2 online Goodscycle. Ala.. Yang ada utk esok di Bdr Seri Putra. Tak pernah pergi lagi tempat ni tapi pernahlah lalu kat tepi jer. Nampak tak berapa happening. Anyway, kerana semangat yang sedang berkobar2 jgn dipadam, daftarlah jugak utk tapak esok.

Dah daftar tapak
Mr H waktu tu kat site Seremban. Dia pun cakap tempat tu mcm suram jer. Tapi as usual, wife mesti menang punya. Ngeh3x

Dari pagi pukul 9 sampai 6.30 petang saya mengemas barang2 utk berniaga. Biasanya bab mengemas barang ni buat dgn Mr H, tapi kerana dia masih kat site, saya buatlah sensorang. Penatnya... 

Mr H balik rumah pkl 8 mlm. Terus sibuk pula dgn loading barang masuk kereta. Kami ni rumah tinggi. Makanya, bertrip2lah mengangkut barang masuk kereta. Haha. Siap semua pukul 12 mlm. Tido..

Siap loading barang 12 tgh mlm
Awal pagi dah gerak ke Bdr Seri Putra. Sampai sana pkl 7.10pg. Tengok2 tempat carboot ni bersambung dgn pasar pagi. Cari2 spot sampai ke hujung pasar, semua full. Akhirnya, datang seorang organizer suruh kami pergi satu kawasan yang terpisah dari pasar pagi tu. 

Huhuhuhu tak bestnya spot.. Dahlah kat hujung, terpisah pula drp group carbooters yang lain. Sapa nak lalu kawasan kami ni? Tanya dgn booters kat sebelah. Best ke tempat ni? Dia kata so-solah. Alahai..

Hati dah down ni. Saya cakap dgn Mr H "tak menjadi tempat ni". Mr H kata takpe2, kita dah sampai. Try jelah..

Tapak kami
Dah siap buka barang berniaga, still TAKDE ORANG. Hai.. menung2 je ke ni? 

Slow2 buyers datang. Beli sikit2 je sebab dorang dah shopping sakan kat group carbooters yang besar kat seberang jalan. Alahai..

Senyum dalam kiciwa
By 10 pg, saya dah malas tunggu. Ajak Mr H balik. Mr H dok senyum2, gelak2. Hot kita dibuatnya.

"Apenye yang Abg gelak2 ni?"

"Awak tu lah.. Selalunya ligat. Hari ni muncung sungguh. Kesian pun ada. Nak gelak pun ada. Kata tadi no expectation..."

Satu penumbuk sampai kat bahu. Huh!

Pkl 11 lebih kami gerak balik. Kira punya kira duit, jauh rendah dari sasaran. 

Balik tu kami terus singgah lunch. Saya kurang selera nak makan. Kene gelak lagi dgn Mr H. Huh!

Yang clear tu Mr H punya. Ni bukti saya tak lalu makan. Haha!!
"Takpelah Yang. Rezeki juga tu. Siapa nak bagi kita sebanyak tu free2 jer? Yang penting, kita dah usaha. Next time pulak kita try ok?"

Hurm.. Seb baik dia pandai mengayat...

No comments:

Post a Comment