Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 21, 2015

Cerita Bio: Eksperimen Vitamin C Yang Best!

Untuk ke sekian kalinya saya buat eksperimen Vitamin C. Tapi kali ni yang paling successful sebab cantik kemain result yang dapat. Yess!!

Saya buat eksperimen ni dgn kelas 4 Beta. Ada 25 org dalam kelas. Jadi, saya dapat lebih kurang 12 kumpulan murid. Aktiviti ni ada dalam buku teks amali Biologi Tingkatan 4 pada m/s 55. Kita nak cari jumlah vitamin C dalam buah-buahan. Saya ikut cadangan sampel buah dalam buku tu; oren, limau dan nenas.

Ape tu vitamin C??
Nama saintifiknya asid askorbik. Ada dalam buah-buahan yang massshamm like grapes and lemon. Good for the skin and enhance our body defense when sick. Sebab tu kalau kita demam or selsema, banyak2lah makan orange sebab insya Allah cepat baik. Kalau vitamin C tak cukup dalam badan, boleh menyebabkan scurvy (gusi berdarah2 masa berus gigi).

Camana nak test kehadiran vitamin C??
Kita guna larutan DCPIP (diklorofenolindofenol). It's actually a blue dye. Vitamin C is a very strong reduction agent to DCPIP. Maknanya kalau ada je vitamin C dalam sampel, kaler biru DCPIP akan luntur. Yup, the blue is bleached out from DCPIP into a colourless solution.

Now, the problem is, camana nak ukur kandungan vitamin C dalam food sample?? This is when kita kena ada the PURE ascorbic acid in hand. Since DCPIP ni kita prepare ikut kepekatan yang kita nak (like mine, I follow buku sebanyak 0.1%), kita kena sukat dulu to a T on how much pure ascorbic acid is needed to reduce 1ml of DCPIP. For this, I asked the lab assistant to prepare 0.1% pure ascorbic acid so it will be the same concentration as the DCPIP prepared. Logik la kan? Nak lagi faham:
0.1% ascorbic acid to 0.1% DCPIP

In a simple way of explaining, jumlah asid askorbik tulen 0.1% yang digunakan untuk melunturkan warna biru DCPIP 0.1% akan jadi kayu ukur dalam eksperimen ni. Jumlah ni yang kita akan bandingkan dengan jumlah jus buah yang digunakan untuk juga melunturkan warna biru DCPIP 0.1%. Jus buah???? Yep! Lepas dah dapat jumlah pure ascorbic acid yang diperlukan, gantikan ascorbic acid dengan jus buah pula. Senang je!!

So this is how it goes..

Manipulated variable: Type of fruit
Responding variable: Isipadu jus buah yang digunakan untuk lunturkan warna DCPIP // Vitamin C content in each sample
Constant variable: Kepekatan asid askorbik tulen, kepekatan DCPIP, isipadu DCPIP (dan banyak lagi)

Bahan dan radas ikut buku teks. Please ignore the measuring cylinder tu sebab tiada dalam eksperimen. Hehehe
Tq to my lab assistant. Pandai dia preparekan DCPIP ni
Yang ni pun lab asisstant yang prepare. 0.1% pure ascorbic acid
Dalam buku cakap kena guna speciment tube. The problem I faced just now was jarum syringe tu tak sampai ke dasar specimen tube so I changed it to a 50 ml beaker.

Untuk sample pula I used a freshly squeezed juice. Reasonnya: masa kat Sabah dulu, I asked the student to bring the real juice from home. Apart from they spilled most of it on their way to school, the juice oxidized on its own (silly Me...). Then masa mengajar kat Rawang sebelum tu pula, I blended the pineapple causing it to be so watery and diluted and again oxidised (silly Me...). Jadi kali ni, meh sini tapis teh! Lepas squeeze, I tapis to remove the pulp. And the juices are ready! Tadaaa!!!

Jadi students pun mulalah jalankan eksperimen..

Student sedang ambil 1 ml DCPIP guna syringe
Yang ni pula dorang sedang ambil 5 ml of sample untuk diuji. Yang banyak tu jus nenas and yang sikit tu jus limau nipis
Masa yang paling best, tengok RESULT!!
Some of them buat macam ni. Boleh juga asalkan jarum tu masuk bawah surface juice
Personally, I like this method better. Bila beaker kita tilt macam ni, lagi senang jus bercampur dengan DCPIP. Cuba lihat kaler DCPIP tu dah mula jadi purple
Now decolourisation is almost over. Finally, semua yang dalam bikar jadi jernih macam air mineral. Pelajar pun catatlah berapa banyak isipadu jus yang dorang dah guna untuk lunturkan 1ml DCPIP

Secara keseluruhannya:
1. Tambahkan tapis teh (sieve) dalam apparatus kita sebab syringe tak boleh sedut jus buah bila ada pulp. Tersangkut pulp tu dalam jarum syringe.
2. Tambah juga pisau dan chopping board. I used dissecting tray (sebab lupa nak bawa dari rumah).
3. Kalau untuk 25 orang pelajar sekelas, guna 8 biji limau nipis, 2 biji oren dan 1 biji nenas kecil. Memang cukup untuk sampel bagi satu kelas.
4. Cuba buat at least 2 reading bagi setiap sample termasuklah untuk ascorbic acid. Pastu cari min (purata). Baru tepat value yang kita dapat.
5. Suruh pelajar baca dulu prosedur di rumah supaya tak tersilap buat eksperimen. Bila tersilap, bazir bahan dan masa.
6. Semua orang seronok sebab eksperimen menjadi! Yeyyyy!!!

Tak sabar nak baca lab report budak2 ni Rabu depan. Hehe

10 comments:

  1. Wah terima kasih...Post ni dah kasi refresh kat otak tentang eksperimen ni..Thank you :)

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak prepare asid askorbik 0.1?

    ReplyDelete
  3. Guna tablet asid askorbik 100mg. Larutkan bsama air suling sehingga 100ml. Guna kelalang volumetrik lebih mudah. 1% larutan = 1gm bahan dlm 100ml air suling. Maaf sekiranya ada kesilapan.

    ReplyDelete
  4. Apakah tindak balas yg menyebabkan warna DCPIP meluntur?

    ReplyDelete
  5. Apakah tindak balas yg menyebabkan warna DCPIP meluntur?

    ReplyDelete
  6. Boleh tak berikan saya cara pengiraan UTK sediakan larutan asid askorbik 0.1% dan larutan DCPIP 1%

    ReplyDelete
  7. really useful bila nak trial spm

    ReplyDelete
  8. thank u teacher . Its really usefull for student.

    ReplyDelete
  9. TQ sir..akhirnya saya dapat ilmu yg sebenar how to do the vit c exp..hahaha..semoga Allah membalas segala kebaikan tuan dlm berkongsi ilmu. Mohon halal ilmunya..tQTQ..tQ..tQ

    ReplyDelete