Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2015

Matta Fair September '15

Matta Fair lagi!!! Yeayyy!!

Venue: PWTC
Date: 4 -6 Sept 2015
Time: 10.00 am - 9.00 pm

The last time we went was in March last year. It was a FAILURE. Sbb offer yg kitorng dapat indah kabar dari rupa. Baca kat sini. Some more, kami pergi Matta Fair yg dulu tu tanpa knowledge. Hehehe macam shopping kat Low Yatt lah.. Mesti ada ilmu.. Begitulah juga bila shopping kat Matta fair. Apa ilmu dia? Jap gi kita citer pasal tu. Kali ni, bila dah terkena jadi agak pandailah juga memilih offer yang ada.

Matta Fair sentiasa starts of Friday. Since we (Mr H and I) are working tak dapatlah nak serbu Jumaat tu. So we went on Saturday. This time round, kami pergi lewat2 petang. Memandangkan parking area kat Komuter Kjg under renovation and xde tempat yg safe utk park our car, we drove there instead (dalam hati berdoa janganlah jem jln).

Sampai PWTC dah pkl 6.00 ptg. And jalan sangatlah smoothnya. Happy! Paling2 best, senang kemain dapat parking. Yeay lagi! Dekat pulak dgn entrance. Yeay lagi!

Masuk je PWTC, orang masih ramai tapi tak sepack yg biasa. I guess the peak hour crowd dah balik. Kami pun gilah que untuk beli tiket. Ye, nak masuk dalam hall kene ada tiket ye. Tapi tak mahal pun. Adult RM 4.00 and children under 11 free. Que pun tak lama. Lepas byr tiket, dapat wristlet and woven bag.

Ticket counter. Boleh juga beli online tapi harga sama. Alah 4 ringgit je pun..
Nisa pun ikut sekali. Aira kat rumah demam.
Jom naik atas pergi exhibition hall
Yg baju kaler biru tu security dia. Tgh check wristlet kita.
Camni lah keadaan kat dalam hall. Ni pun kira area x berapa sesak
Mulalah kami berasak-asak macam orang lain
Barisan booth yang ada. Macam2 ada..
Ada banyak exhibition hall dia. Hall yang kami pergi untuk percutian dalam negara. Ada 2 hall utk within Malaysia. Hall utk negara luar ada satu and airlines offers ada lagi satu. Tapi kami x pernah masuk pun yg airlines hall sbb jauh and takde dlm plan nak naik airplane.

Best sangat ke Matta Fair ni??

Well, utk orang macam kitorang (suka berjalan tapi bajet ciput2) mmg sgt sesuailah membeli vacation di sini.

What exactly are they selling there??

Basically, packages utk holiday. Ada yg offer hotels saja, kereta sewa saja, activities saja. Ada yg jual tiket feri, tiket cable car, tiket train, tiket kapal terbang. Paling banyak adalah packages (hotel + kereta + activities) ke mana2 sj destination. Dari tempat yg paling common org berholiday sampailah tempat yang kita tak pernah tahu wujud pun.

Murah sangat ker???

EXTREAMLY murah hokey.

Nak kene fix date utk pergi vacation ke??

Tak payah. Biasanya agent tu bagi kita tempoh dari Sept '15 until March '16 (next Matta Fair) to use the voucher yg kita beli. However, ada yg offer validity sampai Sept'16 (setahun).

Ada kemungkinan ke kita nampak gah benar tempat dlm pamplet tapi bila pergi bercuti rs cam kene tipu?

Yes.

So here I've listed Must-Know-Things when you plan to go to Matta Fair:

MUST-KNOW THINGS

  1. Decide siap2 nak pergi holiday KE MANA dan BUDGET yang ada. Ini dapat memendekkan masa mengsurvey offers yang ada.
  2. Pergi Matta Fair DUA kali. Meaning, first time pergi utk ambil pamphlet je. Next tripnya pergi utk beli trip yg kita pilih. Dengan cara ni, kita dapat pilih betul2 offer yang baik dan insya Allah tak kene tipu.
  3. Balik trip yang pertama, buat homework dengan membandingkan harga yang ditawar dengan harga yang display dalam Agoda (saya selalu guna Agoda). Dengan cara ni, kita nampaklah offer yang diberi tu betul offer atau cekik darah jer.
  4. SURVEY online hotel yang dioffer tu. Tgk bilik dia ok ke tak. Baca review orang yang dah pergi ke hotel tu. Jangan percaya bulat2 apa yg promoter kat booth tayang dlm Ipad dorang sebab nampak cantik jer semua. Ni lah mistake kitorang tahun lepas..
  5. Park kereta kat Hentian Putra seberang jalan PWTC. Naik roof top sebab byk parking kat situ. Jangan park tepi2 jln walaupun nampak org lain buat camtu sebab pak polisi takde maaf punya menyaman. Memang polis ada di sekitar kawasan tu mencari mangsa saman walaupun kita tak nampak. Kang tak gi holiday sebab habis duit bayar saman.
  6. Kalau nak naik komuter, bersedia untuk menapak ke PWTC dalam keadaan panas terik / hujan dan membakar beberapa ratus kalori dalam badan. Sesuai untuk mereka yang nak slim dan tak kisah makeup cair. Hehehe.
  7. Yang ada baby kecik (under 1), yang pregnant sarat2, dinasihatkan tidak pergi. Sebab keadaan sangat sesak. Nak tolak stroller pun payah. Takde tempat utk korang bancuh susu, tukar pampers, nak duduk. Alih2 susukan anak atas lantai je. Kesian nengok..
  8. Surau, ATM dan toilet ada. Jangan risau.
  9. Wear comfortable shoes coz you'll be on your feet for some time. Penat oo..
  10. Makanan dan minuman ada dijual sekitar PWTC tapi bersedia dgn harganya yang bombastika.
  11. Bila kita dah jumpa dgn offer yang kita minat, tanya habis2 perkara2 yang nak ditanya. Antara yang paling penting ialah surcaj. Orang bukan kerja kat sekolah boleh ambik cuti tahun and pergi holiday on weekdays guna display price. Saya ni chekgu.. Masa nak g holiday time cuti sekolah lah. Super peak season tu.. Sure ada surcaj. Jadi tnya betul2 berapa surcaj. Setakat yang sy jumpa surcaj nya ikut number of ROOMS and not by number of NIGHTS. Jadi, untunglah. Surcaj pun tak mahal. Dalam RM 50 - RM120 je. Masih murah jika dibanding dengan beli bukan masa Matta Fair. Tanya lagi ada breakfast x? Katil saiz camana? Harga kanak2 camana? 
  12. Bawa duit yang mencukupi masa nak membayar. Biasanya, kalau ambil package holiday, agen minta deposit RM50 - RM100 utk lock price atas pamphlet Matta Fair je. Bakinya bayar masa nak check-in kat hotel nanti. Kalau ambil hotel offers baru kene bayar full. Boleh buat payment pakai card tapi x semua booth terima card.
Yang ni booth Legoland
Booth yg ada ride ni jual ticket ke Melaka water park. Tak beli pun, tapi dia bagi Nisa naik.
Choices of food ada banyak, just, expensive
Dining area. Kalau nasib baik dapatlah duduk makan kat sini. Meja kerusi tak banyak
Nasib tak baik, duduklah kat corridor camni
Jadi, apa yg kami beli kali ni?
  1. Hop-on hop-off bus ride dalam KL at RM10 per person (normal RM25 kalo x silap)
  2. Tram ride ticket dalam KL at RM4 per person (normal price)
  3. Bird Park ticket KL at RM15 per person (normal RM 33 kalo x silap)
  4. Morib Goldcoast holiday and water park tickets at RM150 (normal RM270) 
  5. Colmar Tropicale Bkt Tinggi holiday at RM199 (normal RM300++)
  6. The Cabin Langkawi hotel 4 days 3 nights with car rental for 4 days
Jom gi holiday!!!





1 comment: