I am born in a family of teachers. Mama CHEKGU, 2 aunties CHEKGU, 3 cousins CHEKGU. Ada CHEKGU besar, ada CHEKGU kecik. Kalau kami semua berkumpul, kami compare2 citer pasal sekolah masing2. Saye CHEKGU biase-biase je, junior lagi. Jadi masa nilah saye dengar latest development and survival tips dalam dunia keCHEKGUan pada hari ini.
Masa zaman saye sekolah2 dulu (era 90s @ Feminin @ Backstreet Boys @ N'sync @ Siti Nurhaliza), I grew up watching my Mama being a teacher. Yes, the whole thing of being a teacher; pergi-balik sekolah, mengajar hari biasa, mengajar kelas tambahan hari Sabtu, tulis buku rekod, pergi meetings, pergi kursus, angkut buku sekolah dlm beg plastik shopping balik rumah utk ditanda, buat soalan periksa, stapler kertas soalan, tebuk lubang kertas OMR guna ubat nyamuk utk tanda kertas exam, tanda kertas exam itself, tunggu budak2 buat aktiviti koko hari Sabtu, bawa budak2 pergi pertandingan, hias/mengecat kelas, gotong-royong sekolah, berniaga time Hari Kantin, jadi event manager @ caterer time jamuan kelas hujung tahun, bawa budak2 pergi trip mana2, pergi hotel utk annual dinner. And I told myself;
"Huihhhh... Penat ah gini. Kerja non-stop. Takmo aih jadi CHEKGU..."
Boy, how wrong was I.........
Rupa2nya Allah SWT dah tulis dalam qada' dan qadar saya utk menjadi seorang CHEKGU. Berkat hari2 main CHEKGU2 dengan adik waktu kecik2, I am a CHEKGU today. Saye sangat bersyukur ada kerja sebagai seorang CHEKGU. I am proud to be a CHEKGU. I love being a CHEKGU. Teaching is in my blood. It's my passion.
CHEKGU hari ini bukan lagi mengajar saja kerjanya. CHEKGUlah coach sukan, coach kawad, jadi bomba, jadi paramedik, jadi CHEKGU vokal, jadi kaunselor, jadi tukang kebun, jadi Alam Flora, jadi tukang kayu, jadi JKR, jadi tukang pungut derma, jadi kerani, jadi programmer, jadi technician, jadi peniaga, jadi tukang masak, jadi tok dukun (bila murid kena histeria). In fact, off lately ni CHEKGU dah tambah satu lagi role; jadi pengasuh. Murid dihantar ke sekolah and lepas 100% pada CHEKGU utk jaga dan bentuk. Macam org hantar anak ke taska @ taman asuhan. Kalau bab aktiviti koko pula, CHEKGU pun sama naik dengan students. Murid beruniform, CHEKGU pun beruniform. Murid bersukan, CHEKGU pun bersukan. Murid bercamping, CHEKGU yang dah berumur, anak berderet2 kat rumah pun bercamping. Kalau nak disenaraikan tugas, tanggungjawab dan pengorbanan CHEKGU dalam dunia pendidikan hari ini, readers Google jelah ye. Dah banyak blogs yang tolong senaraikan semuanya...
I still am proud to be a CHEKGU. I still love knowledge. I still love being a CHEKGU. But I can feel the energy, motivation and enthusiasm in me to be a better CHEKGU is dangerously low and dwindling away...
This is my personal opinion. I think CHEKGU ni adalah golongan yang sangat taat dan menurut kata. Kalau disuruh buat "A", maka "A" lah yang CHEKGU deliver. Kalau disuruh bagi "B", maka "B" lah yang CHEKGU bagi. Sungguh taat setianya CHEKGU sehingga walaupun CHEKGU rasa benda itu salah @ tak sesuai @ tak patut dilakukan, budaya yang diamalkan adalah "saya yang menurut perintah".
Isu, ayat dan perkara yang selalu diperkatakan dan dilemparkan kepada golongan CHEKGU:
Isu, ayat dan perkara yang selalu diperkatakan dan dilemparkan kepada golongan CHEKGU:
- CHEKGU ni suka sangat merungut. Bersyukurlah CHEKGU ada kerja.
- CHEKGU ni asyik minta naik gaji. Berpadananlah dengan jumlah cuti yang CHEKGU dapat. Budak cuti, CHEKGU pun cuti kan?
- CHEKGU janganlah complain kena datang kerja Sabtu. CHEKGU bukan macam staff gomen yang lain sebab CHEKGU kan banyak cuti?
- Kalau CHEKGU rasa banyak kerja, saya lagi banyak kerja tau!
- Kalau CHEKGU rasa banyak kerja, terbeban dengan tugas, resign daripada jadi CHEKGU. Kat luar tu, ramai lagi yang berebut2 nak jadi CHEKGU.
- CHEKGU, kami hanya minta sedikit pengorbanan dari CHEKGU...
- Janganlah berkira sangat CHEKGU... Anggaplah sedekah akhirat...
- CHEKGU kan ada Elaun Khidmat Awam? Boleh guna elaun tu untuk beli / bayar bla...bla.. bla..
- Kalau CHEKGU tak boleh siap ikut deadline, itu menunjukkan CHEKGU lemah time management.
- Anak CHEKGU sakit? Emergency? CHEKGU ada kelas tak? Sebelum balik utk emergency tu, tolong cari CHEKGU releif ye. Takutlah jadi apa2 kat students dlm kelas..
- CHEKGU nak cuti? Mak/abah CHEKGU sakit kat kampung? Maaflah cuti CHEKGU tak dapat diluluskan sebab CHEKGU menyambung cuti ni. Kita kena ikut pekeliling..
- Maaflah claim CHEKGU kena deduct sebab mesti ikut jarak Google Map. Kita kena ikut pekeliling..
- CHEKGU asyik minta pindah sekolah je. Berkorbanlah CHEKGU demi negara.
Hanya seorang CHEKGU yang tahu betapa sedihnya hati...
Zaman saya bersekolah dulu, CHEKGU tu adalah seseorang yang saya geruni. Serious!! Kalau saya tengah berjalan dan nampak ada CHEKGU di depan saya, automatic check baju sekolah ok x, name tag ada x, sebab takut kena marah or worse kena tindakan disiplin. Bila lalu je CHEKGU tu kat sebelah, otomatik juga ucap "Selamat Sejahtera CHEKGU!" or "Good Morning Teacher!" or "Assalamualaikum CHEKGU!". Kalau dalam kelas pula, kalau terlupa bawa buku tu, sanggup menyusahkan parents utk minta tlg hantarkan buku ke sekolah. Biarlah kena marah dgn parents, asalkan tak kena marah dgn CHEKGU. Basically, CHEKGU tu someone yang digeruni but at the same time to be respected.
Oh no, not today...
"Selamat Sejahtera CHEKGU!" or "Good Morning Teacher!" or "Assalamualaikum CHEKGU!" is something very rare to happen nowdays. In fact, it's the other way round. CHEKGU yang ucap "Selamat pagi pelajar. Welcome to school". Funny, but true. Tangan CHEKGU terikat, mulut CHEKGU tergam. Kalau ditegur, barang2 personal CHEKGU jadi korbannya. Bila dijentik, dari kaum keluarga sampai ke lawyer akan muncul di sekolah. Mendenda pelajar walau hanya berdiri di luar kelas tidak dibenarkan kerana CHEKGU tidak boleh menidakkan hak seseorang kepada ilmu. Hak-hak kemanusiaan katanya. CHEKGU dikehendaki menegur pelajar dengan pujukan dan pendekatan kasih sayang. Hahaha!!! Pelajar biadap dengan CHEKGU, CHEKGU still kena berlembut? Acaner? Remaja, jika tak boleh ditegur, diajar, dimarah, bagaimanalah nak menjadi insan berguna suatu hari nanti? Bila masalah sosial semakin parah, yang dikata tak mendidik remaja dengan baik adalah CHEKGU. Sebab itu pepatah mengatakan, "melentur buluh biar dari rebungnya". Dah keras jadi batu konkrit, nak buat mcm mn? Bila terjadi perkara buruk pada students, yang pertama dicari dan dituding ialah CHEKGU.Siapa yang akan pertahankan CHEKGU? Tiada siapa. No one.
Kisah esok..
Esok ada sambutan Hari Guru sekolah. Soalan yang saya terima dari seorang pelajar tadi, "Will there be lessons tomorrow Teacher? If not, I'm not coming".
CHEKGU mana yang tidak berkecil hati...
CHEKGU yang beria2 buat persiapan. CHEKGU kumpul duit sendiri buat potluck, CHEKGU yang beria2 rehearsal untuk persembahan, CHEKGU yang atur majlis sendiri. Basically, esok adalah majlis untuk CHEKGU syok sendiri. Mana murid dan ibu bapa yang seharusnya meraikan CHEKGU? Eh, dorang tak tahu pun esok Hari Guru...
Sebenarnya, CHEKGU bukan golongan yang meminta2 dirai dengan gahnya. Cukuplah sekadar pada hari itu, CHEKGU rasa dihargai dan disayangi oleh anak muridnya. Hadiah pun tak perlu. It's the thought that counts. Even wishing "Happy Teacher's Day" pun dah ok. Ambil contoh; Si A di luar negara dan birthday mak A dah tiba. Si A akan usaha utk at least call maknya dan ucap Happy Birthday kan? Effort utk call mak yang jauh dan bil fon yang tinggi tu yang buat si mak td rasa disayangai. Mcm tulah juga CHEKGU. CHEKGU pun punya hati dan perasaan..
Melankolik pula tetiba... (Jap2x ambik tisu lap idung & mata).
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sangat, sangat berbeza dari 10 tahun dulu. My Mama once said to me "Things are different now so you better buckle up". Zaman dah berubah, dunia semakin moden. Tapi seharusnya nilai moral tidak lapuk ditelan arus kemodenan. Dari aspek kerjaya; it's all about teamwork, communication and compassion. Saya rs cukup bertuah kerana dalam 9 tahun mengajar ini, I've met a few people who really, really showed me the true meaning of "kepimpinan melalui teladan". Bila suasana bekerja sihat dan menyeronokkan, kualiti kerja pasti meningkat. Dari sudut pendidikan pula, CHEKGU dan ibu bapa adalah "sepasukan" untuk membentuk remaja. It's not a one-sided job. And come on... Janganlah manjakan sangat anak.. Sayang anak tangan-tangankan.
I received this post from a cousin of mine. Thank you dearest cousin (you know who). It touched me to the core and brought tears to my eyes..
I love being a CHEKGU. Teaching is me. Happy Teacher's Day to me.
No comments:
Post a Comment