Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 20, 2013

44 Days

Yippie!!! Dah habis 44 hari! Hari ni dah hari ke-45. Setakat ni alhamdulillah Aira dan saya sihat. Setakat hari ini juga saya susukan Aira tanpa problem.

How was my confinement this time compared to Nisa's? Fuh... Jauh bezanya. Dulu semua orang lain buatkan. Dari bangun pagi sampai jaga anak waktu malam semua orang lain buatkan. Fully pampered. Semenjak tinggal sendiri ni, yang betul2 diuruskan orang adalah memasak (thank you mama!!) dan jaga Nisa (thank you ayah!!) for the first 14 days.   Pengurusan Aira since the first day lagi saya dan husband yang uruskan. I think we managed to do it because we know now what to do. Another reason is because I'm blessed with good health this time. Sakitnye minimum sangat. Syukur.. 

This time round dah tak pakai confinement lady. Setakat panggil orang untuk urut badan, bertungku, bertangas, berbengkung dan memasak untuk 6 hari je. Dapat pun through Facebook. Kepada kengkawan yang sedang mencari-cari orang urut boleh la cari dia kat Facebook id "Urut Bersalin Bangi Kajang". Good service at reasonable price. 

First 7 days bertuah badan sebab husband ada. Dialah yang tolong kemas rumah, basuh baju, melipat kain. Lepas dia mula kerja balik, sayalah yang buat (sapa nak buat lagi kan...). Hari ke-8 berpantang, datang sebemban test paper dari sekolah untuk ditanda. Huhuhuhu... Apa nak buatkan.. Hanya jasadku tiada di sekolah.. So selang-selilah menjaga anak dan menanda kertas ujian. By hari ke-12 siap. Fuhhh... Lega...

Hari ke-15 onwards, I took full care of Nisa and Aira at home. Masa maternity leave ni lah baru dapat betul-betul spend masa menjaga anak-anak. In the evening, ayah datang ambil myself and the children to my mum's place so that Nisa boleh main dengan Iskandar. 

Hari ke-18, dah berjalan-jalan kat Metro Point cari breast pump. Hehehe.. Ade je alasan nak keluar rumah..    Mati kutu lama-lama terperap dalam rumah. Esoknya dah pergi makan kat luar. Tapi makan ikan ler.. Pantang makan still jaga (menyedapkan hati sendiri..) 

Hari ke-25, buat kenduri akikah Aira. Meriah sungguh walaupun buat serba ringkas jer. 

Hari ke-28, bershopping2 barang rumah kat Billion. 

Hari ke-29, I'm officially off with the socks. Hihihi..

Hari ke-30, pusing-pusing Alamanda cari hadiah birthday anak saudara, Haziq. Lagipun Nisa dah cranky tahap max sebab dah lama betul tak bawa dia berjalan-jalan (lagi alasan menyedapkan hati sendiri..). Dah habis bershopping, kami ke pool birthday party Haziq. Seronok tgk Nisa dan husband mandi pool. Ikut hati nak je join. Heheheh...

Hari ke-38, kami ke rumah mak di Kelana Jaya. Lama sangat rasanya tak jenguk mak..

I'm back behind the wheels on day-40. Tapi drive dekat2 jelah macam ke kedai, bank and rumah mama. 

Not the typical confinement rite? Hehe..

Nisa and Aira on Aira's 45th day


No comments:

Post a Comment