Nisa @ Love at 8 weeks in the womb |
The day Nisa was born.. It was on Saturday, 25 June 2011, at 4.40 pm, 3 days after my EDD. After enduring 8 hours of excruciating pain, she was safely wrapped in my arms, kissed and azan by her ayah (who was with me throughout the labour). A healthy, 3.47kg baby girl, screaming at the top of her lung. Hahaha!!! Melihat dia dalam dakapan, segala rasa sakit hilang. Dalam kepala, dah mula plan macam-macam untuk masa depan dia.
Dugaan Allah SWT kepada hambaNya datang dalam pelbagai cara. Tak sampai 2 jam bersalin, saya dikhabarkan berita yang sangat sukar saya terima. Nisa mengalami kesukaran bernafas kerana mengalami jangkitan paru-paru. Allahu akhbar!! Saya dan suami hanya mampu menangis sambil memeluk satu sama lain apabila melihat Nisa di dalam wad NICU, dengan pelbagai jenis tiub disambung kepada pelbagai jenis mesin. Nisa menangis berterusan kerana lapar susu (atas arahan doktor, dia perlu berpuasa). Sewaktu dia tidur, kami dapat lihat dadanya berombak kencang, cuba menarik sehela nafas. Hati ibu bapa mana tidak tersentuh..
Namun, dengan kuasa Allah SWT, usaha para doktor dan jururawat, doa keluarga dan keluarga mertua, dan rakan-rakan, serta semangat dari Nisa sendiri untuk terus hidup, keadaan Nisa bertambah baik. Selepas 4 hari, bantuan oksigennya dibuka. Hanya selepas 4 hari, baru Nisa dibenarkan menyusu badan (sebelum itu, Nisa hanya minum susu formula menggunakan tiub). Hanya selepas 4 hari lahir, baru saya dibenarkan mengangkat, memeluk dan mencium Nisa. Sayunya hati hanya Allah SWT yang tahu..
First picture at 5 days old |
Pada hari ke-8, baru Nisa pulih sepenuhnya dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setiba di rumah, Nisa disambut dengan jutaan rasa syukur kepada Allah SWT, dengan selautan rasa kasih dan sayang dari Atok, Nenda dan Uncle Izzad.
Kali pertama Atok pegang Nisa |
Kali pertama Nenda pegang Nisa |
Kali pertama Uncle Izzad pegang Nisa |
Hari ke hari, Nisa bertambah kuat, sihat dan bijak. Ternyata Nisa adalah seorang gadis yang sangat ceria (Tis Nisa Ridzuana = gadis riang). Tengok sajalah gelagat-gelagat Nisa di bawah ni:
Ayah dan Mama sangat sayang pada Nisa. Semoga Nisa jadi anak yang sihat, baik sifatnya, bijak dan gembira. Ayah dan Mama sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat Nisa. Selagi nyawa Ayah dan Mama masih ada, selagi itulah kami akan melindungi dan menjaga Nisa. Kasih sayang kami tidak akan putus walaupun kami sudah tiada nanti. Ingatlah pesan Ayah dan Mama untuk sentiasa menjaga nama baik diri dan keluarga, hormatilah orang yang tua dan berperibadi yang mulia. Millions of kisses and hugs from us Love. Happy 1st Birthday Baby.
wow... dh besar dh nisa. x sangka anak kite about 6 months apart je :)
ReplyDeleteizz pun dah besar dah. haritu nampak cute je. now the handsomeness pun dah mula ada :)
ReplyDelete