Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 14, 2016

Making Science Easier: Kumpulan Darah Manusia

First and foremost, this is not my genuine idea. I read it in Cikgu Sains Kreatif FB. Bincang2 dengan pembantu makmal @ En Firdaus. Boleh jalan ke x agak2nya? So we decided to try with a class first. Kalau menjadi, then baru kami akan teruskan dengan my other 3 classes.

Mula2 sediakan bahan-bahan kat bawah ni:
Tak payah nak sukat2 pun. Agak2 je semua
Kumpulan darah A: Pewarna merah + air paip
Kumpulan darah B: Susu sejat / susu manis + air paip
Kumpulan darah AB: Air bandung
Kumpulan darah O: Air paip

Tulislah sikit2 nota atas board supaya budak2 takdelah clueless sangat. Tapi ingat, konsepnya inquiry-based learning. Cikgu cuma guide. Penemuan biar students yang perhati dan biar dorang buat conclusion.

As you can see, ni keputusan aktiviti budak2 tu. Pada awal eksperimen, data tu semua xde lagilah
Sepanjang aktiviti berjalan:

Materials and apparatus prepared. Tq En. Firdaus
Bersemangat betul dorang
Student ni guna air bandung untuk test dengan air paip. Obviously la kaler air bandung kekal sama. So, kumpulan darah AB boleh terima darah kumpulan O. Senang kan?
Serius betul group ni. Dapat semua jawapan dengan betul. Congrats!!
By the way, kelas yang saya try ni is no. 6 daripada 14 kelas. Kelas pertengahan. And it works!! Haha gembiranya!!

Sepanjang aktiviti berjalan, kawalan kelas adalah baik. Mmg dorang bercakap2 dan bergerak2, tapi keadaan terkawal sbb semua berusaha nak dptkan jawapan yang betul. Tapi kerana saya nervous sebab first time buat, En Firdaus membantu saya meronda makmal sepanjang aktiviti.

Saya dapati bila kita buat cara ni utk topik ni, budak2 sangat faham konsep pendermaan darah. Lagi satu, topik cepat dihabiskan. Cikgu pun x perlu bercakap banyak2. Kos pun sangat rendah. Lebihan air yang disediakan saya guna pula untuk 3 kelas yang lain. Dan akhirnya, semua 14 kelas guna kekdah ni menggunakan bancuhan air yang sama. Kan jimat habis tu? Haha

Lepas ni nak cari topik lain pula yang guna cara yg paling cost-effective. Musim berjimat cermatlah katakan. Takpe janji senang nak ajar.

No comments:

Post a Comment