Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 24, 2013

Anak Amanah Allah SWT

Lama rasanya tak berblog. Saya sudah kembali bekerja setelah berehat di rumah bersama-anak selama 3 bulan. Bila dah mula bekerja, masa lapang tu susah nak jumpa. 

Sejak kebelakangan ni, kita banyak mendengar dan melihat berita tentang kanak-kanak yang sangat menyayat hati. Saya sebagai seorang ibu, perasaan saya sangat mudah terusik bila membaca kisah anak-anak kecil ini. Ada beberapa kisah anak-anak kecil yang ingin saya kongsikan dengan readers semua. Mereka ini insan2 kerdil yang punya tempat istimewa di hati saya selain anak2 saya yang tercinta..

Muhammad Iskandar
Buah hati pengarang jantung adik tersayang, Dr. Qistina dan Dr. Azrol (Gbam). Lahir 6 bulan selepas Nisa. Jadi, Iskandar dan Nisa membesar bersama. Kawan ketawa, menangis, bergaduh, bermain dan macam2 lagi. Orangnya tinggi, lebih tinggi dari kanak2 sebayanya. Sekali dia menangis, bingit telinga. Tapi bila tertawa, hati siapa tidak tertambat. Auntie sayang Is..

Iskandar
Muhammad Zarith Amsyar @ Syafi
Anak saudara saya yang tersayang. Permata bahtera sepupu saya, Zulfadhli dan Syazikin. Sejak lahir tubuh kecil ini telah diuji dengan pelbagai dugaan. Dan belum pernah saya berjumpa ibu bapa yang secekal dan sekuat semangat Padi dan Syaz mengharungi dugaan ini saban hari. Setiap kali saya teringat kisah Syafi di awal kelahirannya, setiap kali itu juga mata saya berkaca. Berkat doa, usaha, semangat dan harapan yang tak pernah putus, alhamdulillah kesihatan Syafi semakin baik hari ke hari. Semoga Syafi menjadi anak yang sihat dan soleh senantiasa..

Syafi di awal kelahirannya
Semakin besar, sihat dan ceria saban hari. Alhamdulillah...

Amyra Balqis
Saya tidak pernah berjumpa anak ini atau keluarganya. Pertalian kami hanyalah melalui Facebook. Namun, hati saya sangat tersentuh melihat gambar Myra menangis sambil menghisap lampin yang penuh darah. Kenapa? Kerana anak saya Nisa juga suka menghisap lampin. Hanya kerana itu, hati saya sangat terpaut dengan Myra. Myra menghidap leukimia dan masih lagi menjalani kemoterapi di HUKM. Saya mengikuti rapat perkembangan beliau melalui FB ibunya, Erna Fantasia. Ibu ini juga pada saya seorang insan yang sangat cekal menghadapi dugaan. Gigih juga berusaha mencari pendapatan tambahan menjual kuih dan kain melalui FB. Pastinya besar kos rawatan Myra di samping perlu membesarkan anak2 yang lain. Untuk membantu secara wang ringgit, saya juga tak punya. Apa yang boleh saya bantu hanyalah dengan membeli sepasang kain dari ibu Myra, selain menyebarkan perkhabaran Myra melalui FB dan blog ini. Cepat2 sembuh ya Myra.. Insya Allah ada rezeki, suatu hari nanti kita bertemu juga...


Ceria dan manis orangnya
Myra tetap nampak cantik dan comel di mata Auntie
Air mata anak kecil ini menceritakan segalanya..
Myra dan mamanya
Aqil Hamzah

Mungkin ada yang pernah membaca kisah hidup anak kecil ini melalui blog ibunya, Cerita Erina. Keluarga ini juga tidak saya kenali. Persahabatan kami hanyalah melalui blog. Arwah Aqil telah kembali ke pangkuan yang Esa pada Jumaat, 3 Mei 2013. Arwah adalah salah satu darpada ribuan kanak-kanak yang menjadi mangsa Pneumococcal. Beliau meninggalkan kita di usia yang terlalu mentah, cuma 1 tahun 2 bulan. Setiap kali saya melayari blog ibunya, setiap kali itu juga saya tidak dapat membendung perasaan saya.  Terlalu besar dugaan ini buat ibu bapa Aqil. Tak terbayang keperitan kalian menghadapi hari-hari mendatang. Tabahkanlah hatimu wahai ibu dan ayah Aqil. Sesungguhnya Allah SWT pasti, pasti punya sesuatu yang dirancangNya buat kalian..

"Aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan kami seorang khalifah kecil yang cukup sempurna. Aku bersyukur kerana diberi peluang mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan seorang anak syurga. Aku bersyukur padaMu ya Allah. Semoga Aqil Hamzah tenang di sana. Aqil sentiasa dalam hati mama, dalam hati kita semua."
~ Dipetik dari blog Mama Aqil Hamzah ~


Melalui kisah Aqil juga, saya benar2 mendapat kesedaran tentang kepentingan pemvaksinan anak2. Saya juga mendapat kesedaran supaya ada sikap "ambil tahu" tentang nama2 ubat, vaksin dan apa2 yang berkaitan dengan kanak2. Saya juga menjadi lebih bersabar dalam menghadapi kerenah anak2. Saya kini lebih banyak meluangkan masa bersama anak2 kerana saya benar2 sedar bahawa setiap detik yang berlalu tidak akan kembali lagi. Saya tidak mahu lagi terlalu sibuk bekerja dan memenuhi kehendak orang2 lain sehingga terlepas masa melihat anak2 membesar. Sesungguhnya anak-anak itu suatu anugerah dan amanah Allah SWT..


Anak-anak suatu anugerah dan amanah Allah SWT

No comments:

Post a Comment