Ramai yang dah tahu saya dulu tak dapat nak breastfeed Nisa sebab Nisa sakit and masuk NICU, then susu kering sendiri then langsung takda... Kesal sangat rasa. Doctors, nurses, kengkawan semua selalu cakap susukan anak dengan susu badan supaya anak tak cepat sakit. Maybe orang lain tak tahu betapa bersalahnya saya rasa setiap kali Nisa sakit and I know deep in my heart if only I CAN breastfeed her, she would not be sick so often..
So bila dapat tahu saya pregnant sekali lagi, I told my husband "I berazam nak breastfeed baby ni no matter what..". Hari-hari saya berdoa semoga Allah SWT berikanlah satu nikmat menjadi ibu ni kepada saya. Waktu mengandung lagi saya amalkan minum susu Hi-Goat sebab ada kawan cakap susu dia banyak sebab minum susu kambing.
|
I'm still taking this, and so far it works!! |
Then, sebelum bersalin haritu, I was given a rare chance to talk to the doctor who attended me during labour. I told her my problem of not being able to breastfeed Nisa. So immediately after labour, she placed Aira on my chest and instructed me to start feeding her. Alhamdulillah... Ada susu... Seronoknya saya rasa hanya Allah SWT yang tahu..
Umur Aira dah 28 hari, maknanya dah 28 hari jugalah saya berjaya susukan Aira. Masuk hari ketiga dulu, dah mula rasa sakit masa menyusukan Aira so husband dah cakap "Kalau tak boleh tahan dah sakit, stoplah dulu". Dia dah siap belikan susu formula standby kat rumah in case saya sakit sangat. At the same time, he bought nipple shield brand MAM. So far, susu formula masih belum buka lagi dan nipple shield tu really helps when nursing.
|
Boleh sterilise and ada carry case so very convenient bila travelling. And teats dia sangat soft so baby rasa comfortable bila nursing |
Now dah start fikir nak express susu untuk simpan sebab takut susu kering awal. Sementara tengah ada ni baiklah mula buat stock. I actually have a manual pump brand Avent but bila express susu macam tak keluar apa pun... Banyak lagi susu keluar bila Aira suckle. Kotlah sebab saya yang tak pandai teknik / rhythm mengepam. Jadi skrg dah mula intai-intai online electric pump. I have the feeling bila pakai automatic pump baru boleh dapat susu yang banyak (pump tu ada program rhythmic pumping that mimic baby's suckling). Lepas survey2 sana sini, we finally bought Spectra 3. So far it's worth it! I pump every 3 hours and at average I'm getting 1-1.5 ounces per 15 minutes session of pumping which is enough with Aira's current feeding.
|
Kopak poket... tp apa saja untuk anak kan? |
I know.. I know.. Setakat 1 ounce je mana boleh buat stock kan? Actually, 1 ounce tu saya bagi Aira masa saya tgh ada kerja (makan, dlm toilet, etc) or going out sekejap (hehehe dlm pantang tp dah jalan2 merata..). I was told by my sister, the amount will increase with time. Yang penting katanya kena continue pump and directly feed Aira. Tapi dalam hati masih risau kalau2 amount tu tak meningkat. Jadi, I'm taking all the below untuk tambahkan susu besides eating lots of vege and drinking plenty of plain water...
|
Susu S26 Mama, Horlicks, ESP Shaklee and Alfafa Shaklee |
So rasanya almost all method dah digunapakai untuk bagi Aira minum susu badan yang cukup. Niatnya at least sampai 6 bulan nak breastfeed Aira insya Allah.. Cuma yang jadi kebimbangan skrg, dgn segala extra suppliment yang diambil, takutnya susu tak bertambah, tapi berat badan pulak yang naik. Tak ke haru nanti. Huhuhuhu....
Go for it anak ayah!!
ReplyDelete