Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 14, 2012

Kisah Sepasang Kasut

Hari ni, balik dari sekolah, time nak masuk rumah saya terpandang rak kasut. Nampak kasut pink Nisa. Kasut pink tu adalah kasut Nisa yang pertama. Dah buruk sangat rupa dia. Nisa pun tak pernah pakai lagi sebab Bibik kata dah ketat. Sekarang Nisa dah ada 3 pasang kasut lain untuk gantikan yang dah buruk ni. Dalam hati, saya pasang niat waktu petang nanti nak pergi buang kasut tu untuk bagi ruang kasut-kasut lain disusun di situ.

Pada waktu malamnya, cam biasa saya buka Facebook, tengok-tengok wall kawan-kawan. Terbuka wall Laili (kawan kat sekolah). Skroll turun wall dia, terbaca satu post dia. Dia letak gambar kasut pink. Bawah gambar tu tertera ayat "tak sabar nak tengok pemilik kasut ni". Tak semena-mena, air mata saya bergenang-genang... Rasa tersentuh sangat hati tengok post tu.. Tiba-tiba, saya rasa rindu sangat nak tengok kasut pink Nisa yang dah buruk tadi.
Kasut pink pertama Nisa
Saya dan suami beli kasut ni masa umur Nisa 5 bulan di Bangi. Nama kedai tu tak ingat dah. Lama kami pilih  nak ambil yang mana sebelum decide nak ambil kasut ni. Siap try pada kaki Nisa lagi. Harganya cuma RM17.

Masa mula-mula sarung pada kaki Nisa, dia nampak ok je. Lama-lama, dia mula rimas dan asyik gesel-gesel tumit sampai kasut tu tercabut sebelah. Dia buat macam ni setiap kali kami pakaikan kasut pada dia. Saja nak ajar Nisa kalau keluar rumah, mesti pakai kasut (walaupun kaki tak sentuh tanah sikit pun. hehehe). Pernah juga beberapa kali, kami "hilang" sebelah kasut Nisa. Biasanya, orang lain yang beritahu kami yang anak dah takda sebelah kasut. Hehehe.. most of the time, kami termalu and segan-segan ucap terima kasih dan mula menjejak di mana kasut tu tercabut.

Gambar ni diambil masa kasut Nisa hilang di Alamanda. Itu pun orang lain yang beritahu anak takda kasut sebelah. Kami patah balik cari di mana kasut tu dan kami jumpa kasut Nisa ni diletakkan atas railing macam ni.
Nisa buat muka comel masa Ayah dia sarungkan semula kasut tu. Hihihi!!
Nisa mula-mula bertatih pun guna kasut pink ni. Dia guna kasut ni bila naik walker di luar rumah. Seronok betul dia kalau dapat berlari dalam walker guna kasut pink ni. Kasut pink ni mula lusuh dan buruk pun kerana Nisa guna untuk berlari dalam walker di luar rumah.

Saya mula perasan kasut pink ni dah tak muat untuk Nisa bila saya rasa susah nak sarungkan pada kaki. Jadi, saya belikan Nisa kasut baru dan bersaralah kasut pink ni dari perkhidmatannya.

Jadi, kenapa saya cerita pasal kasut pink ni?

Melihat kasut pink yang dah buruk ni, saya macam ternampak-nampak di mata kali pertama saya try kasut ni di kaki Nisa. Masa tu dia chubby dan putih sangat. Mata dia sangat innocent, melihat saya sarungkan kasut ni di kaki dia. Sekarang dah tak muat sebab Nisa dah besar.. Itu yang membuat saya rasa sangat tersentuh. Anak saya dah besar.. Dia tidak akan muat kasut pink buruk ni sampai bila-bila.. Saya tidak akan dapat melihat kaki comel Nisa bersarungkan kasut pink ini lagi.. Patutlah dari sehari ke sehari, saya tidak tunaikan hasrat saya untuk membuang kasut pink buruk ni. Oleh itu, saya akan simpan kasut pink ini sampai bila-bila, insya allah..


Nisa with her pink shoes on



1 comment: